Nama selebriti Hollywood terkenal Amber Heard, 36, kini menjadi bualan paling panas di seluruh dunia apabila isu pergolakkan rumah tangga bersama bekas suami Johnny Depp, 58 yang juga merupakan pelakon terkenal akhirnya sampai ke titik penamat.

Selepas perbicaraan kes saman berprofil tinggi yang berlangsung selama enam minggu, juri yang bersidang di Mahkamah Circuit di Fairfax Country, Virginia, Amerika Syarikat memutuskan Depp menang dalam kes samannya terhadap Heard dan menerima bayaran ganti rugi bernilai $15 juta (RM65.7 juta).

Susulan itu juga, nama Amber turut menjadi ‘trending’ di twitter dan mendapat lebih 1.08 Juta tweet sehingga ke hari ini.

Namun tahukah anda ini adalah lima fakta yang kalian perlu tahu tentang bekas isteri kepada Johhny Depp iaitu Amber Heard:

1. Johnny Depp ialah suami kedua Amber selepas gagal dalam perkahwinan pertama bersama Tasya Van Ree

2. Sepanjang bergelar pelakon Amber telah tampil lebih dari 25 Filem antaranya Zombieland dan Aquaman

3. Amber adalah seorang peminat senapang dan mempunyai senapang tangan antik jenis .357 ‘Magnum Handgun’

4. Amber seorang ulat buku dan fasih berbahasa Sepanyol serta memahami bahasa isyarat.

5. Amber memiliki sijil penyelamat yang bertauliah kerana pernah berkeja sebagai penyelamat di pantai ketika musim panas

Sekadar info, perkahwinan Amber Heard dan Johnny Deep hanya bertahan selama 15 bulan sahaja sebelum Amber menfailkan penceraian pada 2016.