Skip to main content

Selebriti

IVF Kali Kedua, Isteri Achey Terus Mahu Kuat & Kekal Positif - “Banyak Doa Kami Titipkan, Banyak Air Mata Yang Jatuh…”

IVF Kali Kedua, Isteri Achey Terus Mahu Kuat & Kekal Positif - “Banyak Doa Kami Titipkan, Banyak Air Mata Yang Jatuh…”

Sekilas

  • Anne, isteri pelawak Achey, berkongsi perasaan gementar dan teruja ketika menjalani rawatan IVF kali kedua.
  • Dia mengakui perjalanan mendapatkan zuriat melalui IVF bukan mudah dan mereka cuba kekal positif serta terus berdoa.

     

Advertisement

Isteri kepada pelawak, Achey iaitu Anne mengakui berasa gementar dan teruja ketika kembali menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) buat kali kedua.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya berkata, perasaannya kali ini bercampur-baur kerana perjalanan mendapatkan zuriat menerusi rawatan berkenaan bukan sesuatu yang mudah.

Advertisement

Namun, Anne bagaimanapun memilih untuk kekal positif sepanjang menjalani proses tersebut selain tidak putus menitipkan doa agar segala urusan dipermudahkan.

“Ramai yang tertanya-tanya tentang perjalanan IVF kali kedua kami. Sejujurnya, perasaan kali ini bercampur-baur.

“Ada rasa berdebar, takut, risau, teruja dan dalam masa yang sama kami cuba untuk terus kuat dan positif,” luahnya.

Advertisement

Jelas Anne lagi, dia dan Achey sudah melalui pelbagai perkara sepanjang perjalanan IVF sebelum ini, termasuk menitiskan air mata tanpa diketahui orang lain.

“Perjalanan IVF bukan sesuatu yang mudah. Banyak yang kami lalui, banyak doa yang kami titipkan dan banyak juga air mata yang jatuh tanpa sesiapa tahu.

“Tapi kami percaya, setiap perjalanan yang Allah aturkan pasti ada hikmahnya,” coretnya.

Sebelum ini, Anne pernah menjalani proses rawatan IVF pada tahun 2022 namun rezeki belum menyebelahi mereka.

Anne dan Achey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Must Watch Video

Advertisement