Pelakon dan penyanyi Fattah Amin tampil dengan single terbaharu yang masih mengekalkan konsep ketuhanan dan kerohanian berjudul Padamu.

Lagu ciptaan Ikhwan Fatana dan Wan Salleh itu dedah Fattah telah dirombak semula lirik asalnya bagi menyesuaikan dengan jalan cerita yang diinginkan.

Masih mengekalkan konsep ketuhanan seperti single sebelumnya, Fattah menyatakan lirik asal lagu itu terpaksa dirombak pada beberapa bahagian untuk disesuaikan dengan jalan cerita yang dia inginkan.

”Lagu ini mengisahkan tentang rasa seorang hamba pada pencipta-Nya yang sentiasa percaya pada-Nya.

“Melodi asal lagu ini sebenarnya dicipta oleh Ikhwan dan di beberapa bahagian pada lirik telah diubah semula setelah saya berkongsi dengan Universal Music mengenai hala tuju dan maksud yang saya mahukan untuk lagu terbaru saya,” katanya

Dilihat cukup selesa ketika merakamkan lagu ini, suami kepada aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin menyifatkan lagu sebegini mampu menjadi terapi jiwa kepada mereka yang mendengar.

“Selepas melancarkan beberapa buah lagu yang berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian, saya sekali lagi terdetik untuk berkongsi rasa lagu yang masih mengekalkan genre yang serupa.

“Bagi saya lagu sebegini mampu menjadi terapi diri dan mengajar kita untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan serta tidak lupa dalam menjalani kehidupan seharian,” kata Fattah.

Fattah turut menambah berkenaan pembikinan muzik video yang dihasilkan agak sedikit lewat, namun tetap berpuas hati dengan hasilnya yang nampak ringkas tetapi bermakna.

MV Padamu sudah boleh ditonton menerusi saluran Youtube penyanyi itu mulai 9 Jun yang lalu.

Diperkembangan lainnya, Fattah memaklumkan dirinya kini sedang sibuk menjalankan beberapa buah pengambaran drama yang akan ditayangkan kelak.