Skip to main content

Hiburan

"Saya Cakap Kenyang Sebab Duit Cukup Untuk..." - Puteri Aishah Imbau Kenangan Bersama Arwah Ibu

"Saya Cakap Kenyang Sebab Duit Cukup Untuk..." - Puteri Aishah Imbau Kenangan Bersama Arwah Ibu

Sekilas

  • Puteri Aishah berkongsi kenangan menyentuh hati ketika arwah ibunya mengajaknya makan fish and chips semasa rawatan kemoterapi walaupun dia hanya mampu beli satu hidangan.
  • Video seorang anak membelikan aiskrim RM2 untuk ibunya mengingatkan Aishah kepada pengalaman tersebut dan membuatnya terharu.
  • Pelakon itu mendoakan agar Allah SWT meluaskan rezeki semua anak yang ingin menggembirakan ibu bapa mereka.
Advertisement

Pelakon, Puteri Aishah berkongsi bagaimana sebuah video memaparkan seorang anak membelikan aiskrim berharga RM2 buat ibunya mengingatkan dia kepada satu kenangan ketika arwah ibunya, Norita Sulaiman masih hidup.

Menurut Aisha, dia pernah melalui situasi hampir sama apabila arwah ibunya mengajaknya menikmati hidangan fish and chips ketika sedang menjalani rawatan kemoterapi.

Advertisement

Bagaimanapun, ketika itu dia hanya mempunyai wang yang cukup untuk membeli satu hidangan sahaja dan terpaksa berpura-pura kenyang agar arwah ibunya tidak menolak pelawaan untuk makan bersama.

“ Saya nampak video seorang anak belikan aiskrim RM2 untuk mak dia sebab dia ada RM2 je.

“Teringat pula masa arwah mama saya ajak saya makan fish and chips masa dia tengah chemo, tapi saya hanya ada duit untuk beli seorang punya makan je.

Advertisement

“Terpaksa lah cakap saya kenyang, nanti dia tak nak makan pula,” kongsi Puteri Aishah.

Dalam masa sama, pelakon itu turut menitipkan doa agar Allah SWT meluaskan rezeki setiap anak yang mempunyai hasrat untuk menggembirakan ibu bapa mereka.

“Semoga Allah luaskan rezeki buat semua anak yang nak happykan mak ayah. Amin,” tulisnya.

Sekadar info, ibu kepada Puteri Aishah, Norita Sulaiman, telah menghembuskan nafas terakhir pada 25 Januari 2026 selepas hampir 10 tahun bertarung dengan penyakit kanser rahim yang kemudiannya merebak ke organ hati.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement