gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Kieda Crepe Dijangkiti Virus Herpes!
HIBURAN
Ramai Penyanyi Luah Hasrat Mahu Kolaborasi Bersama, Mimifly Bersifat Terbuka - “Saya Suka Tetapi Buat Masa Sekarang…”
VIRAL
Individu Kongsi Ibu Kena Buli Dengan Rakan Sebilik Ketika Berada Di Tanah Suci - “Ada Yang Cakap Mak Saya B***h”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Fazura Belum Terfikir Nak Cari Pengganti - “Rasa Macam Baru Sahaja Bercerai…”

gempak
Mya Amri
21/06/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Fazura Belum Terfikir Nak Cari Pengganti - “Rasa Macam Baru Sahaja Bercerai…”
Pelakon dan usahawan, Nur Fazura masih belum terfikir untuk mencari pengganti meskipun sudah lapan bulan bercerai dengan bekas suaminya, Fattah Amin.

Tak terfikir cari pengganti

Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, berkata biarpun sudah lapan bulan memegang status sebagai janda namun dia merasakan perceraian itu seperti baru berlaku.

"Saya tak pernah terlintas langsung untuk mencari pengganti. Kerana saya rasa macam terlalu cepat dan awal untuk saya cari pengganti. Saya rasa macam baru sahaja bercerai.

"Tetapi sudah tentu ada ramai peminat yang mendoakan saya. Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk saya.
"Cuma seperti yang saya katakan, buat masa ini saya belum terfikir untuk mencari pengganti. Fokus saya adalah untuk anak saya, Nur Fatima dan bisnes," ujarnya.
Fazura berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan eksklusif muzik video single terbaharu Fazura bersama Ade Govinda berjudul Luar Biasa bertempat di Aurum, TRX pada Jumaat.

Lebih selesa hidup sebagai ibu tunggal

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah mana-mana lelaki yang cuba untuk mendekatinya, kata Fazura perkara itu tidak pernah berlaku.
"Tak ada pun," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Hutang Syarikat Bernilai RM4.65 Juta, Fazura Serah Pada Peguam - “Cukup Sekadar Faham Saya Adalah Diri Saya & Syarikat Itu Entiti Berasingan”

ARTIKEL BERKAITAN:Peminat Minta Tips Nak Jadi ‘Effortless Beauty’ Macam Fazura, Ini Jawapan Tuan Badan - “Ada Yang Kata Pakai…”

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Beri Kata Semangat Untuk Wanita Baru Sahaja Bercerai - “Kalau Dah Rasa Kosong Itu Petanda Memang…”

ARTIKEL BERKAITAN:Hutang RM4.65 Juta, Pembekal Tudung Dedah Terima Cek Tendang Dari Fazura? - "Ini Pengalaman Terburuk Pernah Saya Lalui"

Tambah pelakon cantik ini lagi, dia lebih selesa hidup sebagai ibu tunggal.

"Sejujurnya saya sangat gembira, tenang dan lega dengan kehidupan sekarang. Saya rasa selesa. Biarpun ramai yang bertanya nak tak mahu ke cari pengganti," kongsinya.

Untuk rekod Fazura sah bercerai talak satu dengan Fattah Amin pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 5 tahun.
Topic Berkaitan
#Fattah Amin
#Fazura
#Nur Fazura
#Pengganti
Must-Watch Video