Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) berlangsung dengan jayanya pada malam tadi dengan menobatkan filem Roh sebagai penerima anugerah Filem Terbaik.

Dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), FFM31 menyaksikan 55 filem yang dipertandingkan dari tahun 2018 sehingga 2020.

Daripada 55 filem ini, 32 daripadanya adalah dalam Bahasa Malaysia, lapan (Bahasa Cina), 11 (Bahasa Tamil) dan dua dalam bahasa Inggeris dan Iban.

Malam kemuncak FFM31 yang dipancarkan secara langsung menerusi TV2, dihadiri hampir 1,300 penggiat seni dan karyawan industri serta dikendalikan Awal Ashaari dan Sharifah Shahirah sebagai hos utama beserta hos karpet merah iaitu Nazruddin Rahman dan Natasha Charmaine.

Berkesempatan menyaksikan anugerah berprestij ini secara langsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada malam tadi, Gempak senaraikan tujuh momen menarik sepanjang acara berlangsung.
  1. Majlis dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaa (ASWARA) seperti tarian mak yong dan tarian klasik india sementara menantikan dewan dipenuhi tetamu
  2. Gandingan Sharifah Shahira dan Awal Ashaari selaku pengacara memang mengena. Mereka saling melengkapi dan tidak berlebih-lebih antara satu sama lain.
  3. Mimi Lana tersilap berdiri di tengah sewaktu mengumumkan nama-nama calon bagi anugerah Lagu Tema Terbaik. Sewaktu barisan calon diperkenalkan, dia bergegas ke kawasan penyampai anugerah di tepi pentas.
  4. Hos majlis Sharifah Shahira dan Awal terpaksa memaklumkan SOP majlis kepada pemenang berulang-ulang kali kerana ada yang bersalaman dan berpeluk gembira selepas nama diumumkan.
  5. Para pelakon, penyanyi dan penggiat seni tampil cukup cukup bergaya pada malam tadi. Bertemakan glamor/sopan, antara busana yang menarik perhatian kami adalah songket yang digayakan Datin Lisa Surihani, Sweet Qismina, Ella, Liyana Jasmay, dan Awal Ashaari.
  6. Persembahan soprano Datuk Syafinaz Selamat yang membawakan lagu Kali Terakhir Ku Melihat Wajahmu dan Sabar Menanti mengingatkan penonton dengan watak Cheon Seo Jin menerusi drama bersiri popular Korea, Penthouse.