Filem terbitan Astro Shaw bersama HBO Asia, The Garden of Evening Mists berjaya merangkul tiga anugerah pada malam Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).
Filem yang diangkat daripada sebuah karya adaptasi novel tulisan novelis tempatan, Tan Twan Eng ini memenangi dua anugerah iaitu Kesan Khas Visual Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.
Lebih membanggakan, Pelakon Angelica Li Sinja atau Sinje Lee menerusi filem The Garden Of Evening Mists pula diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik.
Dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), FFM31 menyaksikan 55 filem yang dipertandingkan dari tahun 2018 sehingga 2020.
Daripada 55 filem ini, 32 daripadanya adalah dalam Bahasa Malaysia, lapan (Bahasa Cina), 11 (Bahasa Tamil) dan dua dalam bahasa Inggeris dan Iban.
Dalam majlis yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, majlis dihadiri oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YBhg. Datuk Seri Haji Mohammad Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YBrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi FINAS, YBrs. Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS.
Malam kemuncak FFM31 yang dipancarkan secara langsung menerusi TV2, dihadiri hampir 1,300 penggiat seni dan karyawan industri serta dikendalikan Awal Ashaari dan Sharifah Shahirah sebagai hos utama beserta hos karpet merah iaitu Nazruddin Rahman dan Natasha Charmaine.
Azwa Rahman
Sat Dec 11 2021


“Tolong Sapu Hati I Please” - Muka Macam Pelakon You? Hasrat Gadis Ini Jumpa Cleaner Kacak Akhirnya…
Ramai mendakwa lelaki berkenaan kelihatan seperti watak drama bersiri You, Joe Goldberg

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP1
Macam mana dengan show tadi? Best? Kalau korang nak lagi, apa kata korang layan kapsul ni pulak. Jom kita tengok apa persiapan dorang sebelum bermulanya show tadi. #MysteryRankingShowMalaysia

#TravelMana: Tambang Kereta Api Tenom RM1.20 Sehala, Percutian Gadis Ini Ke Sabah Tular! - “Boleh Bau Angin Segar”
Bucketlist!

“Sepatutnya Last Check Up…” - Berkat Jumaat, Anzalna Selamat Bersalin Anak Kedua
Lepas Elfira, Anzalna pula bersalin. Tahniah, ramainya baby tahun ni hehe

Elfira Loy Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
Alhamdulillah...

“Jangan Paksa Mereka Ubah…”- Sheikh Muszaphar Dedah Anak Kidal Banyak Kelebihan
Kidal ni memang rare!

“Jangan Buang Anak, Hubungi Saya” - Iesya Toh Ambil Inisiatif Jadi Talian Bantu Mangsa
Baguslah Iesya Toh nih.

“Padam Video Sebab Masalah Teknikal” - Agensi Nafi Dakwaan Netizen, Yoo Eun Hye & Kim Jong Kook Tak Bercintalah!
Eh couple ke tak ni sebenarnya?

Rossa Bakal Luah 25 Tahun Usia Nyanyian Dalam Konsert Mega
Wah kejap je dah 25 tahun?

Bersolek Ala Glamor Seperti Kilafairy Atau Natural Look Macam Nadia Brian Untuk Lebaran Kali Ini?
Dah cantik bersolek, kesihatan gigi jangan dilupa.