Viral
"Fikree Lepaskan Saya Cara Baik" - Isteri Cef Fikree Mengaku Sudah Berpisah
Isteri kepada Cef Fikree Aznan, Sharifah Zuriehan Ben Yahya mendedahkan mereka telah berpisah dengan cara baik.
Tidak dinyatakan sama ada mereka mengambil keputusan untuk bercerai, namun menerusi entri di Instagram, Zuriehan memaklumkan mereka kini membawa haluan sendiri.
"Alhamdulillah Fikree dah lepaskan saya dengan cara baik. So saya akan privatekan akaun balik dan delete the ugly post.
"I just want his attention and i've got it.
"Terima kasih banyak-banyak atas doa and kind words from all those who cares.
"Bersyukur Allah berikan saya ketenangan dan kekuatan untuk lalu ujian Dia yang satu ni. Semoga Allah teruskan melindungi saya dan Jayden," tulisnya.
Perkongsian itu mendapat simpati daripada netizen dan mendoakan agar Zureihan terus tabah untuk menjalani hari-hari mendatang terutama meraikan lebaran minggu hadapan.
Zuriehan tampil mendedahkan sikap suaminya itu selepas kantoi menjalinkan hubungan sulit dengan seorang personaliti televisyen yang sudah bersuami.
Fikree mula berkenalan dengan Zuriehan pada 2006 dan bertunang pada 2014.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mempunyai seorang anak yang bernama Jayden Malik.
Must-Watch Video