Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan sutradara tersohor, Mamat Khalid telah berjaya meraih kutipan RM1 hanya dalam tempoh 3 hari sepanjang ditayangkan 15 April lalu di platfrom Astro First, saluran 480.

Watak Barkoba lakonan Bell Ngasri juga dilihat tular menerusi hasil ‘meme’ di media sosial ketika bulan Ramadan berikutan karakternya yang tidak berpuasa dan sinonim dengan ‘beg hitam’.

Menurut Mamat, dia bersyukur apabila filem ini mendapat maklumbalas yang positif daripada penonton.

“Alhamdulillah filem ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton. Saya harap filem ini bukan sahaja mampu memberi hiburan semata-mata, tetapi turut memberi pengajaran serta mengingatkan semasa kita tentang kesan baik buruk daripada
kelakuan kita,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang adalah gabungan daripada dua ‘masterpiece’ pengarah Mamat Khalid, iaitu Kampong Pisang serta 16 dan 17 Puasa.

Filem ini masih mengekalkan pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri antaranya Barkoba (Bell Ngasri), Pak Din (Kazar Saisi), Pak Karim (Mat London), Pak Jabit (Aziz M Osman), Cik Purnama (Dewa Sapri), Daud M (Joey Daud) Faguha Jabar (Rashid Othman), Ahmad Yasin (Ahmad Yasin) dan Yah Kuchei (Afea Deana).

Selain itu, filem ini turut dimeriahkan dengan penampilan karakter istimewa seperti Tyson 1 (Namron), Tyson 2 (Jaafar Onn), Kiambang (Siti Elizad Mohamad Sharifuddin), Ustaz Kazim (Datuk Ustaz Kazim), Ayahanda Rani Kulop (Rani Kulop), Manap Sengau (Yeop Hitler), Penjaga Neraka (Man Raja Lawak) dan ramai lagi.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, dia telah didatangi si iblis yang membawanya kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Tonton filem komedi sarat mesej ini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 mulai 15 April 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.