Sutradara, Syafiq Yusof memilih untuk memasukkan elemen kejutan dan ‘Easter Egg’ dalam filem terbaharu arahannya, Abang Long Fadil 3.
Ujar Syafiq, alasannya berbuat demikian adalah kerana filem Abang Long Fadil 3 merupakan filem komedi dan kadang-kala ia dibolehkan untuk melanggar ‘peraturan’ dari segi plot dan juga skrip.
“Abang Long Fadil 3 merupakan sebuah naskhah komedi dan kadang-kala kita boleh break the rules (langgar peraturan).
“Sedangkan dalam filem Abang Log Fadil sebelum ini juga kita buat hal yang serupa. Jadi, untuk memasukkan elemen kejutan dan Easter Egg dalam Abang Long Fadil 3 ni, saya rasa tiada masalah,” katanya kepada Gempak.
Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.
Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Izwan Isa
Sat Sep 03 2022


Pelbagai Gaya & Karakter, Ini 5 Momen Epik Selebriti Di Mahkamah
Kadang-kadang lucu juga bila tengok.
![[VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu [VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-inilah-dia-sama-memang-wangi-uwais-terkenang-arwah-ibu-bau-perfume-siti-sarah-pengubat-rindu.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu
Sebak tengok raut wajah Uwais....

Demi Jual Sayur, Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali
Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali

“Kemain Orang Geli, Sebenarnya Ada Jawapan…”- Nabila Huda Respon Isu Kongsi Makanan Dengan Kucing
Abil komen isu makan semangkuk dengan kucing.

“Saya Sudah Memaafkan, Tetapi Untuk Melupakan…” - Bella Astillah
Bella Astillah baik orangnya

Jadi Mangsa Rogol, Tiz Zaqyah Terkesan Gara-Gara Watak Lara - “Saya Rasa Tidak Sabar Nak Tukar Baju…”
Berat juga watak Tiz dalam Liar.

Isteri Afiq Muiz Fail Fasakh, Dakwa Tak Beri Nafkah Punca Utama Nak Bercerai - “Mengenai Bukti, Saya Rasa Semua Orang…”
Semoga ada jalan penyelesaian.

“Kalau Betul Aurora Trauma Dengan Saya, Kenapa…”- Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle
Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle

Lebih Bersinar Di Pagi Raya, Amalkan Produk Penjagaan Wajah Jepun Hada Labo
Cantik di pagi raya dengan produk Hada Labo.

Ramai Wanita Islam Mengubah Bentuk Muka Dengan Suntikan ‘Filler’ & ‘V Shape’, Ini Respon Ustazah Asma - “Hukumnya Adalah…”
Janganlah ubah bentuk muka...