Penggambaran bagi filem 'The Garden Of Evening Mists' terbitan Astro Shaw bersama rakan kongsi HBO Asia dan FINAS telah pun bermula di beberapa lokasi utama di Malaysia termasuk di Cameron Highlands.

Filem yang diadaptasi daripada novel terkenal hasil karya penulis kelahiran Malaysia Tan Twan Eng ini turut dibarisi pelakon dan produksi antarabangsa serta diarahkan oleh pengarah dari Taiwan, Tom Lin.

Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, persediaan bagi filem ini mengambil masa lima tahun dalam memastikan penghasilan skrip yang berkualiti sebelum pengambaran dilakukan.

“Astro Shaw telah mendapat hak cipta ke atas karya ini, dan kami sudah memulakan persediaan dalam mencari skrip yang berkualiti sejak tahun 2013, hanya pada tahun lepas kami berjumpa Tom Lin bagi persetujuan mengarahkan filem ini,” jelas Najwa.

Filem ini berlatar belakangkan garis masa tanah melayu selepas perang dunia kedua iaitu sekitar 1950an dan 80an.

#Throwback : Semalam telah berlangsung Majlis Persidangan Media Filem The Garden of Evening Mist. Dihadiri oleh barisan pelakon tempatan dan antarabangsanya Lee Sin Je, Hiroshi Abe, John Hannah, David Oakes dan pengarah Tom lin, penulis novel tersebut Tan Twan Eng.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Antara pelakon utama yang membintangi filem ini antaranya adalah pelakon Lee Sinje (The Eye, Divergence) pelakon Jepun Hiroshi Abe (Nomitori Samurai, The Crime That Bind), John Hannah (Four Weddings and A Funeral, The Mummy Trilogy), David Oakes (The White Queen, Victoria) dan Julian Sands (The Girl With Dragon Tattoo).

Filem ini dijangka menemui penonton pada 2019.

Sumber: Astro Awani