,
Filem

Filem Mencari Ramlee Ke Festival Filem Rotterdam 2025

Khairil Khusyairi
25/10/2024
03:50 MYT
Filem Mencari Ramlee mencipta sejarah apabila bakal ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) pada Februari 2025.

13 Filem Tersenarai

Menerusi hantaran di Facebook, penganjur memaklumkan senarai 13 filem yang mendapat tayangan perdananya di festival berprestij itu.

“Kami tidak boleh lebih teruja untuk mengumumkan tajuk pertama untuk IFFR 2025! 13 filem ini, yang dipaparkan dalam program Bright Future and Harbor, masing-masing akan ditayangkan di IFFR,” kongsinya.

Turut tersenarai adalah filem 1 Girl Infinite, Invisible Flame, Camp d'été, Your Touch Makes Others Invisible, The Night Is Dark and Brighter than the Day dan banyak lagi.

Pengarah Syukur, Bangga

Dalam pada itu, pengarah Megat Sharizal Mohamed Yusoff, meluahkan rasa syukur dan bangga apabila filem arahannya itu terpilih.

“Alhamdulillah. Aku bangga untuk mengumumkan bahawa filem Mencari Ramlee bakal mendapat Tayangan Perdananya di Festival Filem Rotterdam pada bulan February nanti. Terima kasih kepada semua yang terlibat,” tulisnya.

Filem Mencari Ramlee dijayakan Datin Sofia Jane, Tony Eusoff dan Mimi Lana dengan penampilan khas Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Bront Palarae, Sharifah Amani dan Vanidah Imran.
Mencari Ramlee adalah naskhah berkisar era kejatuhan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada 1970-an yang disampaikan secara fiksyen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

'Bromance' Terbaik Dalam Malaysia… Ini Filem-Filem Zul Ariffin Bersama Aktor Hebat Lain Paling Onz Abad Ini!

gempak
24/10/2024
14:20 MYT
Siapa yang tak kenal dengan aktor popular, Zul Ariffin. Banyak karya-karya yang berkualiti Zul dah lakonkan sekaligus kekal relevan sehingga kini.
Filem

Very Classy, Demure, Mindful... Marsha Milan Kongsi Watak Sebagai Datin Azizah Dalam Don Dukun – “Agak Sukar Tapi..."

gempak
23/10/2024
11:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Marsha Milan berkongsi karakter yang dipegangnya iaitu Datin Azizah dalam filem Don Dukun.
Filem

Dari Ketua Polis Ke Ketua Dukun! Kemunculan Yusof Haslam Dalam Don Dukun Bikin Ramai Terhibur - “Semua Dah Rosak”

gempak
22/10/2024
12:50 MYT
Penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam mencuri tumpuan apabila bakal muncul dalam filem Don Dukun.
Filem

Jadi Pegawai Polis, Penunggu Rimba… Dukun Pun Boleh! Ini 5 Filem Zul Ariffin Yang Wajib Anda Tonton

gempak
21/10/2024
11:55 MYT
Siapa yang tak kenal dengan aktor popular, Zul Ariffin. Sudahlah sasa, kacak pula. Memang pakej lengkap yang menjadi pujaan ramai.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Don Dukun

gempak
19/10/2024
04:00 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Don Dukun
BorakSeeni