gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
LaLaLa Fest 2025 Gegar Jakarta Ogos Ini! LANY, Camila Cabello & Black Eyed Peas Antara Line Up Gempak
HIBURAN
Bilal Indrajaya Tarikan Utama Fasa Pertama Panggung Purnama Di Zepp KL, 28 September Ini! - "Kami Percaya Magnet Bilal Buat Peminat Candu"
GAYA HIDUP
Nabil, Johan & Bella Astillah ‘Naik EV’, Semarakkan Gaya Hidup Hijau
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

FILEM

Filem ‘Misteri Rumah Darah’ Kembali Hidupkan Trauma Lama, Adaptasi Rancangan TV Ikonik 2000-an

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
25/06/2025
13:50 MYT
Sponsor Banner
Filem ‘Misteri Rumah Darah’ Kembali Hidupkan Trauma Lama, Adaptasi Rancangan TV Ikonik 2000-an
Percaya Nggak Percaya merupakan sebuah rancangan televisyen Indonesia yang pernah mendapat sambutan hangat sekitar tahun 2000-an.
Salah satu episod yang paling ikonik dalam rancangan tersebut ialah mengenai Rumah Darah. Berdasarkan kisah itu, ia telah diadaptasi menjadi sebuah filem berjudul Misteri Rumah Darah.
Filem seram terbaharu dari Indonesia ini sangat sesuai untuk ditonton bersama seisi keluarga, kerana ia mengandungi unsur nostalgia yang kuat hasil adaptasi daripada rancangan realiti popular era 2000-an.
Filem ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Wavi Zihan, Tyan Anugrah, Emil Kusumo, Diky Chandra dan ramai lagi.
Misteri Rumah Darah (2025) mengisahkan tentang seorang hos muda berbakat bernama Shafeera (lakonan Wavi Zihan). Ketika itu, Shafeera sedang berusaha membina kerjaya serta mengasah kebolehannya sebagai seorang pengacara.
Pada suatu hari, Shafeera mendapat peluang untuk menjadi hos bagi versi baharu rancangan Percaya Nggak Percaya yang pernah popular pada awal tahun 2000-an. Untuk lebih memahami rancangan itu, beliau mula menyusuri lorong-lorong gelap yang penuh dengan rahsia tersembunyi.
Dalam proses penyelidikannya, Shafeera turut meneliti rakaman lama rancangan tersebut. Tidak lama kemudian, dia menemui sebuah kaset dengan label “Rumah Darah”, satu episod yang tidak pernah disiarkan.
Sejak daripada itu, gangguan ghaib mula menghantui Shafeera. Teror yang dialaminya semakin menjadi-jadi sehingga mengancam nyawanya sendiri.
Jadi, adakah Shafeera akan berjaya membongkar rahsia sebenar di sebalik Rumah Darah, atau akhirnya menjadi mangsa kepada gangguan ghaib yang tidak henti-henti?
Untuk mengetahui kesudahannya, saksikan filem Misteri Rumah Darah: Percaya Nggak Percaya yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 26 Jun ini.
Topic Berkaitan
#Filem
#Indonesia
#Pawagam
#Seram
#Misteri Rumah Darah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement