,
Laman Utama

Filem Personal Shopper Gamat! Gara-Gara Vaksin, Huru Hara Zombie Menyerang

Syafiqah Jalal
26/07/2023
03:44 MYT
Gara-gara salah vaksin, huru hara zombie menyerang hingga banyak aksi mencuit hati berlaku dalam filem komedi Personal Shopper kini ditayangkan di Astro First.
Filem yang turut menampilkan aksi seram komedi itu telah dibintangi oleh Shatirah Amanda, Adeline Tsen, Azri Iskandar, Aleza Shadan, Yassin Senario, Kak Girl, Amir Raja Lawak, Ungku Hariz, Man Raja Lawak, Vanessa, dan ramai lagi.
Personal Shopper merupakan filem hasil daripada Dana Program TV/OTT di bawah program Dana Kandungan Digital (DKD) agihan Finas dengan kerjasama Astro.
Personal Shopper mengisahkan tentang seorang gadis bernama Felora yang telah mengambil vaksin yang salah di pasaran gelap.
Vaksin tersebut adalah untuk kemurungan haiwan spesies homo sapien dan kesannya telah menyebabkan Felora bertukar menjadi zombi dalam tempoh 24 jam.
Dengan bantuan Shah Rock, mereka cuba mencari Doktor Kasim untuk merawat Felora. Dalam perjalanan, pertemuan bersama Rabbani menyebabkan hormon zombi di dalam badan Felora sehingga menjadi ganas.
Keadaan terus menjadi huru hara dan harapan Felora untuk kembali normal semakin nipis.
Banyak babak-babak mencuit hati ditampilkan dalam Personal Shopper.
Filem yang ditayangkan di Astro First sejak 6 Julai lalu adalah merupakan terbitan Spectrum Century dan arahan oleh Khalid Nadzri.
Penerbit Personal Shopper, Suriani Mohamed berkata dia amat berterima kasih kepada Finas kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepadanya untuk menghasilkan filem Personal Shopper melalui Dana Program TV/OTT di bawah program Dana Kandungan Digital (DKD) agihan Finas dengan kerjasama Astro.
"Meskipun filem ini mempersembahkan nilai-nilai komedi, namun turut menyelitkan mesej positif yang boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada penonton.
"Sementara itu, antara cabaran menghasilkan filem ini adalah ketika menjayakan babak zombi kerana pelakon perlu jatuh ke dalam lubang yang begitu dalam dengan keadaan mata kabur disebabkan memakai kanta lekap yang bersaiz besar.
"Namun begitu, pihak produksi, barisan pelakon dan semua yang terlibat dalam filem ini telah menikmati momen dan memberi komitmen sepenuhnya untuk Personal Shopper. Kami harap filem ini dapat menghiburkan penonton seisi keluarga," katanua.
Saksikan filem Personal Shopper kini di Astro First, saluran 480 atau boleh strim di On Demand atau Astro Go.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram Astro First.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video