Ingatkah anda pada filem seram popular pada tahun 2008 berjudul Histeria? Kini filem seram tersebut kembali dengan kisah sambungannya menerusi Histeria The Series.
Histeria The Series terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Gold ini menampilkan sebuah drama siri premium yang mengangkat kisah misteri pelajar sekolah yang diganggu dengan misteri kematian pelajar 10 tahun lalu.
Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, selain mempertaruhkan genre seram, kali ini Astro Originals tidak terkecuali dalam meletakkan isu-isu sosial remaja kini dalam terbitan mereka.
“Filem Histeria merupakan salah satu IP (Intellectual Property) di bawah Astro Shaw, dan kami merasakan jalan ceritanya masih relevan sehingga kini. Jadi kami kembalikan filem tersebut menerusi drama siri premium.
“Meskipun ia adalah kesinambungan daripada filem terdahulu, namun jalan cerita bagi siri ini mempersembahkan naratif baru dengan konflik yang dekat dengan masyarakat dan mudah untuk difahami.
“Kami berhasrat agar Histeria The Series bukan sahaja memberikan nilai hiburan kepada penonton, malah ia dapat membuka mata lebih ramai pihak mengenai isu-isu dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru yang mampu menjadi pengajaran,” jelasnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Histeria The Series yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala lumpur pada Selasa.
Naskhah Histeria The Series diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.
Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.
Histeria The Series mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.
Sejak daripada penyiasatan mereka, satu per satu insiden dan perkara ngeri berlaku sehingga menyebabkan kejadian yang berlaku pada 10 tahun lalu bakal berulang.
Episod pertama Histeria The Series akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 6 Jun ini.
Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini pada setiap hari Isnin.
Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 6 Jun ini. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
Azwa Rahman
Wed Jun 01 2022


MLS3: Selit Tersingkir, Juri Kata Mahu Lawak Ketawa Besar Bukan Hanya Sekadar Senyum Kambing
Usaha Selit memang patut dipuji, tak pernah putus asa.
_3.png?ext=.png)
Sarat Dengan Aksi & Lebih Mendebarkan, Ini 10 Sebab Anda Perlu Menonton House of The Dragon
Jom saksikan House of Dragon

Mangsa Dakwa Lakukan S*ks Dengan R. Kelly Ratusan Kali Seawal Usia 15 Tahun
Penyanyi R. Kelly kini menjalani kes mahkamah buat kali kedua atas tuduhan melakukan pornografi kanak kanak dan beberapa kes lain berkaitan seksual.

Isteri Selamat Dibedah, Ramai Doakan Achey – “Semoga Dipermudahkan Semuanya”
Semoga dipermudahkan semuanya.

Sooka Original Series Ini Buat Rindu Zaman Sekolah, Ini Perangai Karakter Drama Kau Vs Aku
Drama Original siri sooka berjudul Kau Vs Aku merupakan adaptasi webnovel Wattpad karya Nurul Husnina Mockthar.

“Berhijab Tak Semestinya Tak Boleh Berfesyen” - Cantiknya Penampilan Ummi Nazeera & Abang Di KLFW!
Adik-beradik fesyen!

Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Rugi Lima Tiket Bernilai RM2,540 - “Memang Allah Tak Izin..”
Takde rezeki.

'Alat Muzik Lama' Didakwa Punca 25 Pelajar Sekolah Diserang Histeria
Semoga dipermudahkan.

Duit & Kerja Tak Ada, Amber Heard Ditawar Berlakon Filem Porno?
Nama Amber Heard dan Johnny Depp memang mendominasi ‘carta’ pemberitaan dari serata dunia sepanjang tahun ini.

Gara Gara Suntik Silikon Di Salon, Pelawak Ini Dipanggil Nenek Sihir
Pelakon dan pelawak veteran Indonesia, Mpok Atiek memang tidak pernah menyembunyikan fakta dirinya melakukan suntikan silikon pada wajah untuk kelihatan cantik.