Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Final Piala FA: "Bukan Sebab Saya Bekas Pemain JDT, Tetapi..." – Ini Ramalan Juara Zaquan Adha

Ernalisa
24/08/2024 06:53 MYT
Kurang daripada 24 jam perlawanan akhir Piala FA akan membuka tirainya dengan menemukan dua sang gergasi Liga Bola Sepak Malaysia iaitu Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur malam ini.


Ramalan juara

Pertembungan dua gergasi itu pastinya menjadi tumpuan seluruh penyokong bola sepak tanah air selepas tidak dapatkan menyaksikan aksi Selangor menentang JDT pada awal musim ini.


Malah perlawanan malam ini juga turut mendapat perhatian bekas pemain Harimau Malaya, Zaquan Adha.


Menurut Zaquan, dia yakin kemenangan akan berpihak kepada JDT selain memberi jangkaan jumlah gol kemenangan.

"Bukan kerana saya bekas pemain JDT, tetapi daripada segi pencapaian pun kita sudah tahu kelebihan pasukan berkenaan. Saya jangkakan malam ini 2-0.



“Kita tahu kedua-dua pasukan ini memang hebat dan ada kelebihan masing-masing. Tetapi JDT masih menjadi pilihan sebab mereka memiliki barisan terbaik dan saya merasakan aksi menarik bakal disajikan kedua-dua pasukan di final.


"Tetapi saya yakin dengan komitmen dan sejarah JDT itu juga, malam ini insya-Allah JDT boleh pergi," katanya ketika dihubungi Gempak.

Kemunculan Faisal Halim


Dalam pada itu, kemunculan semula pemain sayap, Mohamad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim bersama pasukan menjadi tonik berharga buat Selangor FC menjelang aksi final Piala FA untuk berdepan juara bertahan, JDT malam ini.


Kemunculan Faisal juga dikatakan menjadi pembakar semangat pemain untuk melakar keputusan positif dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini termasuk menyingkirkan Terengganu FC dengan agregat 6-4 pada separuh akhir kedua Piala FA, pada 3 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Penaja Ambil Keputusan Tukar Logo Bola Menjelang Aksi Akhir Piala FA Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN:Operasi Stesen LRT Dilanjutkan Sempena Final Piala FA- Rapid Rail


ARTIKEL BERKAITAN:Faisal Halim Akui Prestasi Positif Tapi Perlu Masa Capai Tahap Maksimum – “Beri Saya Ruang Untuk Kejar Semula”

ARTIKEL BERKAITAN:MFL Sahkan Perlawanan Sumbangsih Dibatalkan, JDT Diberi Kemenangan Walkover

ARTIKEL BERKAITAN:Liga Super 2024/2025: Selangor FC Didenda RM100,000, Hilang Tiga Mata



Perlawanan ini juga merupakan pertembungan sulung dua pasukan itu untuk musim ini selepas Selangor 'tidak hadir' pada aksi Piala Sumbangsih, 10 Mei lalu dengan JDT diberikan kemenangan 'walkover'.


Harimau Selatan JDT mencipta sejarah apabila memenangi semua empat piala dalam satu musim termasuk Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malaysia dan trofi Liga Super pada 2022 dan 2023.


Jangan lupa strim final Piala FA secara PERCUMA di Gempak.com

#Sukan #JDT #Bola Sepak #Zaquan Adha #Piala FA #Selangor FC