Sukan

Liga Super 2024/2025: Selangor FC Didenda RM100,000, Hilang Tiga Mata

gempak
Awani
25/06/2024
13:14 MYT
Sponsor Banner
Liga Super 2024/2025: Selangor FC Didenda RM100,000, Hilang Tiga Mata
Setelah menjadi teka-teki selama hampir sebulan, akhirnya persoalan peminat bola sepak tanah air mengenai hukuman ke atas Selangor FC akibat enggan menghadirkan diri dalam perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei lalu terjawab juga.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, Ahli Lembaga Pengarahnya secara sebulat suara memutuskan agar pasukan bimbingan Nidzam Jamil itu dikenakan denda sebanyak RM100,000.
Ia berkata, denda tersebut akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan pada satu tarikh kemudian.
Tidak cukup dengan itu, Selangor FC juga akan dikenakan pemotongan tiga mata, manakala pampasan kerugian akan ditanggung secara bersama antara Selangor FC dan JDT.

“MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya,” katanya lagi.

Pada 9 Mei lepas, MFL mengumumkan perlawanan sumbangsih membabitkan Selangor FC dan Johor JDT bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Jumaat ini di Stadium Sultan Ibrahim terpaksa dibatalkan, susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
Pada 16 Jun lepas, suasana emosi menyelubungi Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat kali pertama di situ sejak insiden disimbah asid awal bulan lepas.

BERITA TRENDING: Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera

BERITA TRENDING: Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024

BERITA TRENDING: MFL Sahkan Perlawanan Sumbangsih Dibatalkan, JDT Diberi Kemenangan Walkover

Pengendali Selangor Nidzam Jamil berkata, kehadiran pemain berusia 26 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Faisal Halim tidak dijangka dan mengejutkan pemain dan barisan kejurulatihan.
Nidzam menyifatkan kehadiran pemain kebangsaan yang lebih mesra disapa Mickey itu mencetuskan inspirasi pasukan yang berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala FA 2024/2025 selepas menjinakkan Negeri Sembilan 4-0 pada aksi pusingan pertama di Stadium MBPJ, semalam.
Serangan asid yang hampir melumpuhkan semangat Gergasi Merah itu, disifatkan sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah terjadi sebelum ini, selain menimbulkan kebimbangan terhadap nasib pemain yang lain.
Ia turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa pihak berkuasa untuk melipatgandakan usaha mereka dalam mencari dalang serta motif sebenar di sebalik kejadian tersebut.
Dalam pada itu, MFL mengumumkan Perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa penonton.
“Operasi perlawanan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil-wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan,” menurut kenyataan itu lagi.

BERITA TRENDING: Faisal Halim Tidak Mahu Terus Menyorok, Mohon Doa Cepat Sembuh - “Saya Nak Jalani Kehidupan Seperti Manusia Lain”

BERITA TRENDING: Faisal Halim Perlu Diberi Bantuan Psikososial – “Beliau Perlu Terima Rawatan Menghadapi Trauma & Kena Ada Kumpulan Sokongan Yang Baik”

BERITA TRENDING: "Saya Tak Tahu Boleh Kembali Bermain Bola Sepak Atau Tidak" - Faisal Halim

Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live