Artis Korea

“Finally, Prince Is Back!” – Tamat Khidmat Tentera & Sedikit Berisi, Ini Wajah Terkini SHINee Minho

Mya Amri
16/11/2020
09:10 MYT
Pelakon dan anggota kumpulan K-Popp SHINee, Minho akhirnya telah menamatkan latihan khidmat ketenteraanya pada semalam.
Berita itu disambut gembira oleh para peminat SHINee yang begitu sabar menanti kepulangan Minho.
Walaupun tiada sebarang majlis istimewa yang dilakukan, namun peminat menyuarakan rasa teruja menerusi media sosial sehingga nama Minho menjadi trending dunia di Twitter pada Ahad (15 November 2020).
Tidak hanya ucapan dan kata-kata semangat, peminat juga berkongsi wajah terbaharu Minho.
? https://t.co/kVx0p6fVcA#민호 #MINHO #샤이니 #SHINee #빛나는샤이니 #MINHOisBACK #2020_SHINeeisBACK ? pic.twitter.com/Uva3mBZn04— SHINee (@SHINee) November 15, 2020 Dalam pada itu sempena meraikan kepulangannya, Minho juga turut menghadiahkan peminat dengan mesej tulisan tangan yang dimuat naik di laman rasmi SHINee beserta fotonya.
“Kepada peminat saya, SHINee World yang sangat saya sayangi. Tabik! Saya ingin melaporkan, Sarjan Choi Min Ho telah pun menamatkan latihan khidmat tenteranya.
“Akhirnya hari yang dinantikan tiba juga. Saya masih lagi rasa tidak percaya, berasa teruja dan gembira.
“Kepada Shawol (fandom) yang sentiasa mempercayai dan menunggu kepulangan saya, siap sedia untuk bersama Choi Min Ho! Saya sayang anda semua,” tulisnya.
Minho atau nama sebenarnya, Choi Min Ho memulakan latihan khidmat tenteranya pada 15 April 2019.
Mengikut protokol COVID-19, Minho dibenarkan untuk mengambil cuti 20 hari pada 27 Oktober lalu dan menamatkan latihan tenteranya.
Bagaimanapun dia mengambil keputusan untuk terus berada di kem tentera dan melanjutkan tempoh latihan untuk membantu melatih askar junior.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hiburan

Onew Janjikan Kejutan Buat Peminat Sempena Fanmeeting Solo Perdananya, Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia

gempak
17/05/2024
14:55 MYT
Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia pada 27 Julai depan di Stadium Malawati, Shah Alam.
Hiburan

Tampil Dengan Persembahan Hebat Di Coachella, LE SSERAFIM Tular Dikritik Kerana Prestasi Vokal Kurang Memuaskan

gempak
15/04/2024
15:00 MYT
Vokal LE SSERAFIM jadi perhatian.
Artis Korea

Dua Minggu Umum Bercinta, Han So Hee & Ryu Joon Yeol Putuskan Hubungan

gempak
30/03/2024
16:00 MYT
Sekejap je bercinta.
Artis Korea

Nafi Jadi Penyondol, Han So Hee Akhirnya Mengaku Bercinta Dengan Ryu Jun Yeol - “Dia Putus Dengan Hyeri Awal 2023”

gempak
16/03/2024
05:55 MYT
Ini penjelasan Han So Hee berkenaan hubungan cinta.