LAMAN UTAMA
FINAS Serah Surat Tawaran Dana Kandungan Digital Dan Cek Insentif Tayangan Filem Cereka
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dana Kandungan Digital (DKD) hari ini.
Turut berlangsung adalah Penyerahan Cek Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) dan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) FINAS - Universiti Teknologi Mara (UiTM) - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Penyerahan surat tawaran berjumlah RM7.9 juta itu diberikan kepada 37 buah syarikat produksi dan 16 penerima dana mikro.
Antara kategori penerima suray tawaran adalah program televisyen, PSA, dokumentari dan dana mikro.
Manakala nilai pemberian cek insentif tayangan filem cereka di bawah skim wajib tayang adalah sebanyak RM 1,885,198.06 juta.
Penerima insentif ini terdiri daripada 14 buah syarikat yang telah menerbitkan 16 buah filem pelbagai genre.
Berikut merupakan penerima insentif:
Primeworks Studios Sdn Bhd (Ejen Ali , Rock 4)
DA Motion Media Sdn Bhd (Jodoh Syaitan, Mama)
Lomo Pictures Sdn Bhd (A Moment of Happiness)
Asia Tropical Films Sdn Bhd (Fight Lah! Kopitiam)
Jet Poh Asia Media Sdn Bhd (Good Wealth 2020)
Vadai Production Version (2) Sdn Bhd (Venpa)
Story Film Sdn Bhd (Pulanaivu)
SB Wong Peoduction Sdn Bhd (Supermom)
Genieworkz Studios Sdn Bhd (Ennaval)
SB Production Sdn Bhd (Homestay- Permainan Maut)
Victory Film Production Sdn Bhd (Metro Maalai)
Madness Films Sdn Bhd (Kolong)
Sakti Films Sdn Bhd (Garang)
Feisk Sdn Bhd (Suraya)
Dalam pada itu, MOU antara FINAS - UiTM - MBOT merupakan sebuah kerjasama yang akan memastikan pembangunan latihan akan diselenggara dengan lebih tersusun.
Di samping memastikan menjadi bahan pemantau bagi mewujudkan pangkalan data yang sistematik dengan menyatukan pemain industri sama ada individu, organisasi atau persatuan di bawah satu bumbung.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh YB Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia, YBrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi FINAS, YB Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YB Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Cancelor Universiti Teknologi MARA, YB Profesor Dr. Azizul Halim Yahya.
Ketua Eksekutif ICEPS, UiTM, YB Tan Sri Datuk Academician (Dr) Ts Ahmd Xaidee Laidin FASc, Presiden MBOT, wakil-wakil dari ICEPS, UiTM, wakil-wakil jawatankuasa Akreditasi dan Pembangunan Latihan, wakil-wakil MBOT, penerima-penerima ITFC, surat tawaran DKD, presiden-presiden persatuan perfileman dan pegawai-pegawai FINAS.







Must-Watch Video