Berita
“First Child Lambat Kot...”- Usia Kandungan Dah Melebihi 9 Bulan, Sarimah Ibrahim Tiada Tanda Hendak Bersalin
Pengacara dan pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim akui berdebar menanti saat pertemuan dengan cahaya mata pertamanya yang dijangka lahir dalam masa terdekat.
Pun begitu, Sarimah berkata, dia belum mempunyai tanda-tanda untuk bersalin meskipun usia kandungannya sudah melangkau lebih sembilan bulan.
“Ok. 9 bulan lebih... masih belum lagi. First child lambat kot.
Advertisement
“Berat dah naik 10.3 kilogram (kg) tapi rasanya seperti 100kg.
“Doakan yang terbaik for me and our Princess ya. Daddy dia pun dah nervous!” Katanya.
Sarimah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik fotonya terkini bersama ‘baby bump’.
Rata-rata mendoakan agar urusan serta proses bersalin beliau dipermudahkan.
Sarimah dan suami, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015.
Must-Watch Video