gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Buka Mata Rakyat Malaysia Untuk Kenali Daniel Sher - "Sebelum Ini, Tak Ramai Pun Yang..."
HIBURAN
Dibayar Tinggi & Dalam Mata Wang Dolar, Shila Amzah: “Saya Hanya Mampu Ucap Alhamdulillah…”
HIBURAN
Aina Abdul Kini Lebih Tenang - “Penyokong Saya Selalu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Fitri Haris Dedah Wajah Anak, Pilih Nama Adwa Qalbi - “Puteri Kecil Ini Membawa Erti…”

gempak
Mya Amri
13/06/2025
20:50 MYT
Sponsor Banner
Fitri Haris Dedah Wajah Anak, Pilih Nama Adwa Qalbi - “Puteri Kecil Ini Membawa Erti…”
Penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris dan isterinya, Fazilah Omar memilih nama yanv cukup indah buat anak perempuan mereka iaitu, Adwa Qalbi.

Dedah maksud nama anak

Tidak hanya berkongsi mengenai nama, Fitri juga turut mendedahkan wajah anak kedua mereka menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Menurut Fitri, nama Adwa Qalbi itu membawa ertu cahaya hatiku.

“Adwa Qalbi - Cahaya Hati Kami. Dengan penuh syukur, kami menamakan puteri kecil ini Adwa Qalbi binti Mohamad Fitri yang membawa erti ‘Cahaya Hatiku.’

“Sebuah nama yang kami titipkan doa agar menjadi insan yang menyinari hidup dengan kelembutan jiwa, kekuatan iman, dan kasih sayang yang tulus.

“Mohon doa daripada semua agar Adwa Qalbi dibesarkan dalam lindungan Allah, menjadi anak solehah, penyejuk mata dan hati, serta penyambung dakwah dan kasih dalam keluarga,” coretnya.
Dalam hantaran sama, Fitri turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan keluarganya.
“Terima kasih atas doa, ucapan dan kasih sayang yang mengiringi kehadirannya ke dunia ini.
“Semoga setiap yang mendoakan, dikurniakan cahaya dan ketenangan dalam hidup kalian juga. Ameen Ya Rabb,” tulisnya.
View this post on Instagram
A post shared by Ts. Dr. Fitri Haris ™️ (@fitriharisofficial)

ARTIKEL BERKAITAN:Tarikh Lahir Sama Dengan Anak, Fitri Haris Syukur Isteri Selamat Bersalin - “Alhamdulillah, Bersamaan Hari Wukuf Di Arafah….”

ARTIKEL BERKAITAN:Dr Fitri Haris Dikecam Selepas Kongsi Gambar Dengan Alif Teega & Aisyah Hijanah, Hilang 2,000 Pengikut Di IG - “Ada Yang Tuduh Saya Dapat Duit…”

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Disember 2019, sekali gus menamatkan status mereka sebagai bapa dan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata.
Fitri menerusi perkahwinan terdahulu memiliki seorang anak perempuan, Sofea Soleha manakala Fazilah pula merupakan ibu kepada seorang anak lelaki, Qhalish Rayyan Adam.
Topic Berkaitan
#Fitri Haris
#Nama Anak
#Adwa Qalbi
Must-Watch Video