Sehari sebelum cahaya mata sulung mereka dilahirkan, penyampai radio Fizi Ali dan pelakon Shakilla Koriri telah mewujudkan akaun Instagram (IG) buat bayi mereka.
Pasangan itu akui bukan mudah untuk membuat keputusan untuk mewujudkan IG bayi perempuan mereka yang diberi nama Ameena Sofia.
Namun IG itu tetap diwujudkan bagi mengemas kini mengenai perkembangan bayi mereka selepas ini.
“Hi semua. Start from today segala perkembangan saya, akan update dekat Instagram saya sendiri.
“Penat Daddy dan Umi fikirkan pasal nak wujudkan IG saya. Fikir keburukan lebih banyak dari kebaikan.
“Takut nanti tersalah langkah bila wujudnya IG saya. Tapi end up buat juga sebab personal IG diorang akan banyak update pasal kerja dan macam2 disana.
“So Umi & Daddy sebulat suara untuk wujudkan IG ni untuk saya. Segalanya pasal saya,” tulisnya dalam kapsyen.
Entri tersebut dikongsi di dalam akaun IG @ameenasofia_
Selepas lima hari akaun tersebut diwujudkan, akaun tersebut telah pun mempunyai lebih 21,700 follwers.
Menerusi entri pertama itu juga, pasangan itu turut berkongsi foto mereka berdua yang ketika itu dipercayai bayi dalam kandungan Shakilla sudah wujud tiga minggu lalu.
“Anyway gambar ni masa raya tahun lepas which is saya dah wujud dalam perut umi saya lebih kurang 3 minggu.
“Umi tak tahu pun apatah lagi Daddy. So my journey start from here.
dan insyallah akan update sampai lah saya memahami erti kehidupan.
“Memahami setiap detik dan hari, Setiap senyum dan menangis, Setiap susah payah,
Umi & Daddy ketika saya dalam perut umi,” katanya lagi.
Ameena dilahirkan pada 14 Mac lalu di sebuah hospital swasta.
Fizi mendiri rumah tangga bersama Shakilla pada 18 Februari 2018.