Hiburan

Fizi Ali Titiskan Air Mata, Syukur Dapat Jumpa Anak Selama Empat Hari - “Tiga Bulan Saya Tak Jumpa Anak”

gempak
Firdaus
22/02/2024
04:29 MYT
Sponsor Banner
Fizi Ali Titiskan Air Mata, Syukur Dapat Jumpa Anak Selama Empat Hari - “Tiga Bulan Saya Tak Jumpa Anak”
Penyampai radio, Fizi Ali tidak dapat menahan sebak selepas mendapat kebenaran untuk bertemu dengan anaknya, Ameena Sofia selepas tiga bulan tidak berjumpa.
Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 35, memanjatkan rasa syukur kerana mencapai kata persetujuan dengan pihak bekas isteri, Shakilla Khoriri untuk mengambil Ameena selama empat hari.
“Perjumpaan kita hari ini lebih kepada sebutan sebelum ke perbicaraan yang seterusnya tetapi apa yang saya nak cakap ialah saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya saya dapat ambil Ameena minggu hadapan selama empat hari selepas berbulan-bulan tidak berjumpa.
“Terima kasih banyak banyak kepada peguam saya yang banyak membantu untuk mendapatkan kembali Ameena walaupun hanya untuk empat hari,” katanya kepada Gempak.
Fizi berkongsi berita gembira itu ketika ditemui selepas proses sebutan hadanah pertama di hadapan pendaftar di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis.
Dalam pada itu, Fizi juga bercadang untuk membawa Ameena berseronok dan bergembira di taman tema air.
“Kami akan ke ‘waterpark’, itu yang saya rancang. Saya tak sangka akan dapat peluang ini dan mahu bawa dia bergembira.
“Saya juga mahu bawa Ameena jumpa mak ayah, mereka sangat rindukan Ameena walaupun tidak meluahkan. Di rumah emak selalu pegang barang Ameena, dia tunjukkan bahawa dia rindu akan cucu dia sangat-sangat,” kongsinya.
Sekadar info, Fizi berjaya mendapat persetujuan daripada pihak Shakilla untuk berjumpa dengan Ameena selama empat hari bermula 1 Mac ini.
Terdahulu, prosiding Sulh tidak menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua belah pihak tiada kata sepakat mengenai kes tuntutan hadanah yang difailkan Fizi pada Disember tahun lalu.
Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.
Fizi kemudiannya mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan seorang ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan iaitu Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024