Sepotong video promosi baju raya sebuah jenama fesyen tempatan mendapat perhatian orang ramai setelah menggunakan wajah aktres sensasi, Ruhainies sebagai wajah utama bagi koleksi rayanya.

Menerusi video yang dimuatnaik di platform Instagram itu, dapat dilihat sedutan di sebalik tabir proses pengambaraan bagi koleksi raya tersebut.

"Video ini bertujuan untuk mempromosikan koleksi terkini dan dirakam pada Disember 2023. Kami tiada niat untuk mencemarkan imej peribadi dan professionalisme individu," tulis jenama tersebut pada awal video berkenaan.

A post shared by FIZIWOO® (@fiziwoo)

Meskipun, jenama itu telah meletakkan ‘disclaimer’ dan menjelaskan bahawa rakaman berkenaan sudah menjalani penggambaraan pada Disember epas, namun netizen tetap mempersoalkan tindakan jenama tersebut yang tetap mengeluarkan video promosi baju raya yang menggunakan wajah Ruhainies sebagai model.

"Awak tak perlu post buat diam sudah. Nanti excited nak beli terus tak jadi beli your produk. Walaupun bukan salah awak.

"Product lain siap blur kan muka minah ni. Hopefully boleh blur kan la muka dia tu.

"Setiap tahun saya beli collection awak, tapi sorry no for this year. Bukan salah awak tapi rasa 'tawar hati' pula bila nampak muka orang tu. Sorry.

"Tolong lah blur kan la muka minah ni. Tak sanggup la nak tengok dia pakai brand meletop awak ni. Paling tak sesuai.

"Product lain blur kan wajahnya sebab sedikit sebanyak boleh jatuhkan sales mereka. Memang patut pun kena alert dengan benda macam ni.

"Tolong blur muka dia, jaga nama baik industri.

"Kesian Fiziwoo “salah” pilih muse eh. Macam ni lah bila artis tak pandai jaga nama, tak pasal yang kena explain panjang lebar your side. Next year pilih yang pandai jaga peribadi as muse bukan yang menggelitis macam ni," komen beberapa netizen

Terdahulu, sebuah jenama kecantikan terkenal telah bertindak mengaburkan wajah Ruhainies pada iklan Ramadan mereka sebagai tanda tidak menyokong mana-mana pihak yang bermasaalah dan terpalit dengan kontroversi.

Susulan itu, ramai netizen menyokong dan memberi komen yang positif terhadap tindakan jenama tersebut.

Sekadar info, Ruhainies telah mendapat kecaman yang hebat daripada orang ramai setelah terbabit dalam kontroversi tangkap khalwat yang melibatkan dirinya dan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.


Berita Trending: Kes Khalwat, Ruhainies Tampil Cerita Kronologi - “Hanya Ajak…

Berita Trending: Tak Sokong Kelakuan Buruk & Kontroversi, Jenama Popular Ini…