,
Hiburan

Fiziwoo Simpati Dengan Pereka Fesyen Yang Berdepan Masalah Kewangan - “Kami Rasa Kasihan & Terkesan Dengan…”

Asyikin Mayudin
07/09/2024
11:55 MYT
Pereka fesyen Fiziwoo mengakui mereka berasa simpati dengan situasi dihadapi rakan dalam industri kreatif yang berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa melakukan pinjaman di saluran yang salah.

Strategi perniagaan yang pintar

Fiziwoo berkata, dunia industri kreatif terutamanya dalam bidang fesyen bukan hanya sekadar kreativiti yang tinggi sebaliknya, ia juga memerlukan strategi perniagaan yang pintar agar sebuah jenama itu kekal bertahan.

“Di media sosial, kami sering melihat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh rakan-rakan industri kami. Kadang-kadang, kami rasa kasihan dan terkesan dengan situasi yang berlaku, terutama apabila kami tahu bahawa ramai daripada mereka sedang berjuang untuk mendapatkan pinjaman serta bantuan daripada pihak tertentu.

“Ini mengingatkan kami dan semua orang juga tentang pentingnya menggunakan saluran yang betul untuk membuat pinjaman wang, mencari bantuan dan peranan pihak kerajaan dalam menyediakan bantuan kecemasan,” ujarnya kepada Gempak.

Peranan penting

Tambah Fiziwoo, industri kreatif di Malaysia bukanlah sektor utama, namun pereka fesyen juga memainkan peranan penting dalam mencerminkan budaya dan identiti kita.

“Dalam konteks ini, kerajaan perlu memberikan lebih banyak ruang dan bantuan kepada industri kreatif untuk berkembang. Penerimaan pelanggan mungkin suatu benda yang subjektif, tetapi dengan sokongan yang betul, industri ini boleh terus berkembang dan memperkenalkan budaya kita kepada dunia,” ujarnya.

Sebagai sebuah jenama fesyen yang telah beroperasi hampir 14 tahun, Fiziwoo memberitahu, mereka sentiasa berusaha untuk menyeimbangkan antara kreativiti dan strategi perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Lelaki Tawar Diri Selamatkan Pereka Fesyen Diganggu Ah Long

ARTIKEL BERKAITAN: Miss K: Nampak Glamor, Pereka Fesyen Hampir Gila Kena Kejar Ah Long! - "Baju Berderet, Butik Bersepah"

ARTIKEL BERKAITAN: Berhutang Sebanyak RM25,000, Pereka Fesyen Popular Tanah Air Dikejar Ah Long?

“Kami mengakui bahawa industri fesyen bukanlah tempat yang mudah untuk bertahan, tetapi dengan usaha, kreativiti, dan sedikit nasib, kami masih berada di sini hari ini.
“Kami telah belajar bahawa untuk kekal relevan, kreativiti perlu disertakan dengan kemampuan untuk menjual dan bertransaksi.
“Mencipta jenama adalah satu perkara yang mudah, tetapi mengekalkan jenama tersebut suatu perkara yang tidak mudah bahkan ia memerlukan komitmen dan kepakaran yang mendalam,” katanya lagi.

Rahsia berada di tahap sekarang

Fiziwoo yang ditemui ketika acara Mid-Autumn Festival yang diadakan di Maison Fiziwoo, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur pada malam, Rabu, turut berkongsi sedikit rahsia bagaimana mereka mampu berada di tahap ini.
“Kami di Fiziwoo fokus pada memahami kehendak pelanggan dan mengadaptasi perniagaan kami mengikut keperluan mereka. Kreativiti sahaja tidak mencukupi kerana ia perlu disertai dengan strategi perniagaan yang kukuh untuk memastikan kejayaan jangka panjang,” katanya.
Terdahulu, viral di media sosial mengenai kisah seorang pereka fesyen popular tempatan yang menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long kerana dipercayai berhutang sebanyak RM25,000.
Pereka fesyen berusia 30-an itu turut mendedahkan dia berdepan trauma ketakutan kerana diekori, diugut selain diganggu oleh Ah Long setiap hari.
Pada masa yang sama, dia berasa bimbang sekiranya berdepan kadar bunga yang makin bertambah disebabkan tidak mampu menyelesaikannya dalam tempoh singkat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Dua Lelaki Tawar Diri Selamatkan Pereka Fesyen Diganggu Ah Long

gempak
04/09/2024
08:55 MYT
Baru-baru ini kecoh dengan isu pereka fesyen didakwa menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long kerana dipercayai berhutang sebanyak RM25,000,.
Hiburan

Miss K: Nampak Glamor, Pereka Fesyen Hampir Gila Kena Kejar Ah Long! - "Baju Berderet, Butik Bersepah"

gempak
28/08/2024
10:25 MYT
Tengah sedap-sedap hirup kopi panas petang tadi, Miss K dapat mesej daripada bestie Miss K, Cik Kuntum Parabola nak sharing gosip.
Hiburan

Berhutang Sebanyak RM25,000, Pereka Fesyen Popular Tanah Air Dikejar Ah Long?

gempak
27/08/2024
13:55 MYT
Gara-gara hutang, seorang pereka fesyen popular tempatan  berdepan detik cemas apabila dipercayai telah menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long.
Gaya Hidup

Ezuwan Ismail Pereka Malaysia Pertama Hasilkan Busana Buat Melly Goeslaw! - "Denim Couture Ini Nilainya RM130,000, Berat Lebih 15 Kilogram"

gempak
02/06/2024
07:50 MYT
Pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail berbangga dan teruja apabila mendapat kepercayaan untuk mereka busana penyanyi dan komposer tersohor Indonesia, Melly Goeslaw.