Laman Utama

Fizo Omar & Isteri Timang Cahaya Mata Perempuan Kedua - “Diberi Peluang Untuk Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Ibunya”

gempak
Asyikin Mayudin
20/05/2023
00:54 MYT
Sponsor Banner
Fizo Omar & Isteri Timang Cahaya Mata Perempuan Kedua - “Diberi Peluang Untuk Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Ibunya”
Isteri kepada pelakon dan usahawan Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri selamat melahirkan bayi perempuan kedua seberat 3.07 kilogram secara normal pada pukul 5.57 petang, Jumaat.
Fizo menerusi laman sosialnya melahirkan rasa syukur apabila proses bersalin berjalan dengan lancar dan isterinya hanya mengambil beberapa jam sahaja untuk melahirkan anak mereka.
“Syukur Alhamdulillah. Isteri saya @ffezyranesry telah pun selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada pukul 5.57 petang, Jumaat di @andorrahospitalofficial.
“Syukur Ya Allah, semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room untuk melahirkan secara normal,” katanya.
Dalam pada itu, Fizo juga menganggapan pengalaman menyambut bayinya sendiri sesuatu yang sangat luar biasa dan berharga dalam hidupnya.
“Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. Ya Allah… tak terkata.
“Terima kasih buat Doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial diatas pengalaman yang luar biasa ini dan layanan yang sangat baik,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Fizo mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu.
Sebelum itu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024