Laman Utama

Fizo Omar Minta Isteri ‘Ready’ Nak Tambah Anak, Sempat Tinggal Nota Kaki Tiadanya Cik Yam Dalam Foto Keluarga

gempak
Asyikin Mayudin
02/12/2022
07:55 MYT
Sponsor Banner
Fizo Omar Minta Isteri ‘Ready’ Nak Tambah Anak, Sempat Tinggal Nota Kaki Tiadanya Cik Yam Dalam Foto Keluarga
Ucapan pelakon Fizo Omar kepada isterinya, Fazeera Nazri sempena ulang tahun kelahiran menarik perhatian netizen di laman sosial.
Menerusi perkongsian tersebut, Fizo sempat berseloroh meminta isterinya bersiap sedia untuk hamil lagi kerana dua orang anaknya iaitu Maryam dan Khaleeda mahu adik.
“Happy birthday @ffezyranesry. Semoga you dah ready, cik Yam dan Khaleeda nak adik tu. Love you sayang ummi.
“Abe Joe tak tahu nak pergi mana untuk birthday dia… naik kereta, isi minyak dan tahu-tahu sampai ke Penang,” kata Fizo yang berkongsi foto dia bersama isteri dan bayi mereka.
Sementara itu, Fizo turut menjelaskan mengenai ketiadaan Maryam dalam foto mereka sebelum menjadi pertanyaan dalam kalangan netizen.
Menurut Fizo, anak perempuan sulungnya itu tidak dapat turut serta dalam percutian mereka kerana berada bersama bekas isterinya iaitu Usahawan Mawar Abdul Karim.
“Nota kaki sebelum ramai yang tanya mane cik Yam? Jawapannya cik Yam tak join sebab ada dengan mummy dia,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Fizo mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu.
Sebelum itu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam kini berusia empat tahun.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live