Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan yang Jemaah Menteri bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar semalam.

Anwar menjelaskan, perkara tersebut dipersetujui selepas melihat rasa prihatin Jemaah Menteri terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini.

“Kami setuju potong gaji 20 peratus setiap bulan,” kata Anwar pada sidang media semalam.

Tambah Anwar, pemotongan gaji tersebut akan dibuat sehingga ekonomi negara pulih.

Dalam masa sama, Anwar turut mengesahkan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.

“Ada orang kata Anwar tidak ambil gaji Perdana Menteri tapi ambil gaji Menteri Kewangan… itu tidak benar…gaji dia satu sahaja,” katanya lagi.

Pengumuman Anwar itu bagaimanapun menarik perhatian ramai khusunya netizen. Rata-rata memberikan respons positif terhadap keputusan Anwar yang dilihat maklum terhadap kesusahan rakyat pada waktu ini.

Namun, lain pula reaksi yang diberikan oleh pelakon Datuk Fizz Fairuz. Menerusi hantaran di Instagram, Fizz bertanya bagaimana rasanya menjalani pekerjaan tanpa mengambil gaji.

“Macam mana ek kerja tanpa gaji, kalau aku tak boleh ooo,” tulisnya ringkas.



Terdahulu, Anwar mengumumkan yang dia menolak daripada menerima gaji Perdana Menteri selain enggan menggunakan kereta berjenama mahal untuk urusan rasmi.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!