Gaya Hidup

Food Bank Menu Rahmah Juara Do Good Challenge! Bawa Pulang RM30,000

gempak
Amri Hassan
23/05/2023
10:37 MYT
Sponsor Banner
Food Bank Menu Rahmah Juara Do Good Challenge! Bawa Pulang RM30,000
Idea Food Bank Menu Rahmah dinobatkan sebagai pemenang utama cabaran Do Good Challenge sekali gus membawa pulang RM30,000.
Idea yang dikemukakan oleh pelajar Universiti Teknologi Mara kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang, Muhammad Haziq Rezzuan Khairul Hazman itu menambat hati juri dan berjaya mengalahkan empat finalis lain yang bertanding pada pusingan akhir.
Do Good Challenge merupakan cabaran direka oleh Good Virtues Co., dimulakan pada Julai 2022 dengan UiTM berperanan sebagai platform rakan kerjasama dalam memperkasakan belia Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dunia sebenar.
Bertemakan 'In Doing Good, We Believe That Good Is Returned', para peserta digalakkan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan pada masa sama bersaing dalam pertandingan ini.
Good Virtues Co. juga merupakan jenama pertama untuk bekerjasama dengan UiTM yang mana setiap penyertaan dalam Do Good Challenge menyumbang kepada jumlah kredit dalam Program SULAM.
Program itu adalah sebahagian daripada kurikulum yang diluluskan Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai satu usaha untuk menghasilkan graduan bersifat holistik dan seimbang yang mempunyai minda keusahawanan.

Pemimpin masa hadapan

Kata Pengarah Komersial Citychemo Manufacturing Sdn Bhd., Lum Chong Heng, kerjasama antara Good Virtues Co. dengan UiTM adalah penting bagi memberi inspirasi dan berhubung dengan pengguna Muslim.
"Kami amat berbesar hati menjadi jenama pertama yang berjaya diasimilasikan ke dalam Program SULAM UiTM yang diluluskan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
"Maklum balas memberangsangkan yang diterima adalah bukti jelas kuasa Do Good Challenge dalam mencapai dan menghubungkan kami bersama pelanggan dan pemimpin perniagaan masa depan yang benar-benar menyerlahkan mesej jenama kami iaitu ‘terdapat kecantikan yang lebih mendalam berbanding yang dilihat dunia luar’," katanya.
Pertama seumpamanya yang dianjurkan, Do Good Challenge adalah satu pertandingan yang membenarkan para pelajar UiTM menyampaikan idea inovatif mereka yang merangkumi empat bidang Libat Urus Komuniti, khususnya Pendidikan, Kesihatan, Kemanusiaan dan Alam Sekitar, kepada panel hakim.

UiTM sambut baik

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor ICAN, Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah, menyambut baik kerjasama bersama Good Virtues Co.
"Kami amat gembira dan bersyukur kerana menemui rakan sempurna dalam Good Virtues Co. untuk membangun dan mengintegrasikan Do Good Challenge bersama Program SULAM kami.
"Keseluruhan cabaran yang ada memenuhi objektif program dalam membantu para pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran dunia sebenar dengan memanfaatkan teori dan amalan yang dipelajari sepanjang pengajian mereka.
"Para pelajar yang menyertai Do Good Challenge bukan sahaja menerima insentif kerana ia sebahagian daripada kredit program SULAM tetapi diberi gambaran sebagai landasan yang baik untuk menjadi usahawan berjaya. Ia merupakan satu pengalaman dan peluang yang sukar diperoleh.
"Kami menyambut baik kerjasama berterusan bersama Good Virtues Co. untuk menyediakan lebih banyak peluang seperti ini kepada pelajar kami,” katanya.
Dijalankan di 30 kampus UiTM, pertandingan ini mendapat lebih 7,000 penyertaan.
Para pelajar diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di kelas ke dalam situasi dunia sebenar yang turut meningkatkan tanggungjawab sivik mereka.
Melibatkan empat fasa, peserta melalui peringkat penyertaan, bengkel dan latihan sehingga lima finalis dipilih untuk menerima dana awalan bernilai RM8,000.
Di peringkat pembentangan akhir, lima finalis kemudiannya mempamerkan hasil cadangan perniagaan mereka untuk menarik perhatian panel penilaian bagi merebut peluang membawa pulang Hadiah Utama bernilai RM30,000 yang diumumkan pada majlis finale baru-baru ini.
Kejayaan penganjuran Do Good Challenge telah meletakkan laluan kerjasama yang berterusan antara Good Virtues Co. dan UiTM bagi musim seterusnya.
Musim Kedua ini akan bermula pada Oktober 2023 dan diperluaskan dengan melibatkan kampus-kampus UiTM di Malaysia Timur.

Berikut merupakan senarai pemenang Do Good Challenge 2023:

Grand Prize Winner: Muhammad Haziq Rezzuan Bin Khairul Hazman Campus: UiTM Permatang Pauh, Penang Finalist submission: Food Bank Menu Rahmah
1st Runner Up: Rosdiana Sofea Aqilah Campus: UiTM Puncak Alam, Selangor Finalist submission: Stress Relief with Art
2nd Runner Up: Amjad Aslam Bin Ahmad Rosli Campus: UiTM Permatang Pauh, Penang Finalist submission: Barber Charity for Homeless
3rd Runner Up: Nur Elya Amani Binti Arslan, Alya Aleena Binti Ahmad Faisal & Nur Nabila Imani Binti Ramlan Campus: UiTM Lendu, Melaka Finalist submission: Water Dispenser for Student
4th Runner Up: Dayana Batrisya Binti Dino Mazali Campus: UiTM Permatang Pauh, Penang Finalist submission: Sanitary Pad Vending Machine
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024