Laman Utama

#Foodieslife: 5 Makanan Ini Mampu Menurunkan Darah Tinggi

gempak
Izwan Isa
06/08/2022
09:50 MYT
Sponsor Banner
#Foodieslife: 5 Makanan Ini Mampu Menurunkan Darah Tinggi
Hipertensi atau masalah tekanan darah tinggi bukanlah hal yang boleh dipandang ringan. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, perubahan gaya hidup perlu dilakukan untuk mengawal dan menurunkan tekanan darah.
Mengambil ubat, bersenam dan menguruskan tekanan boleh membantu menurunkan tekanan darah. Jangan lupa, corak pemakanan juga memainkan peranan dalam turun naik tekanan darah kita. Memilih menu makanan yang betul adalah sangat penting supaya tekanan darah tidak melonjak.
Elakkan pengambilan natrium yang berlebihan kerana ia boleh menyempitkan saluran darah, yang membawa kepada tekanan darah tinggi. Sebaliknya, cuba fokus pada potasium atau kalium, mineral yang membantu mengekalkan tekanan darah.
"Apabila kita mengambil lebih banyak kalium, ia menyebabkan badan mengeluarkan natrium dalam air kencing," jelas Sandy Younan Brikho, MDA, RDN, pakar diet berdaftar dan pengasas The Dish on Nutrition.
Kalium juga dapat melegakan saluran darah, dengan itu menurunkan tekanan darah tinggi.
Berikut merupakan lima makanan yang mampu menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh dimakan setiap hari:

Pisang

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) melaporkan, sebiji pisang mengandungi 375 miligram kalium. Selain dimakan mentah, pisang boleh ditambah kepada minuman kocak, roti, atau makanan lain.

Labu

Menurut Brikho, labu seperti biji oak, butternut squash, hubbard, dan delicata sangat kaya dengan mineral potassium. Labu boleh ditambah sebagai inti, dibakar, atau dimakan mentah.

Bayam

Sayuran berdaun hijau, terutamanya bayam adalah sumber kalium yang sangat baik.
"Dua hidangan bayam mentah menyediakan kira-kira tujuh peratus daripada keperluan kalium harian, manakala satu hidangan bayam yang dimasak menyediakan kira-kira 18 peratus kalium," ujar pakar diet berdaftar, Joanna Foley, RD.
Bukan sahaja boleh ditambah kepada salad, bayam juga mampu menjadi bahan pelengkap kepada hidangan seperti sup atau rebusan, atau dibuat jus.

Avocado

Brikho menjelaskan, sebiji avokado menawarkan sekitar 975 miligram kalium.
"Anda boleh menambah avokado di atas telur dadar, dalam hidangan salad atau menambahnya pada enchilada," kata Brikho.

Air Kelapa

Satu gelas air kelapa mengandungi kira-kira 600 miligram kalium. Jumlah ini lebih banyak daripada pisang.
"Kita boleh menggunakan air kelapa untuk membuat pencuci mulut, rebusan, rebusan, dan sos untuk menambah lebih rasa pada makanan," kongsi Brikho.
Sumber: Kompas.com Kredit foto: Louis Hansel (Unsplash)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024