Laman Utama
#FoodiesLife: Dunia Kulinari Jadi Pilihan, Sherson, Anis Nabilah & Nik Michael Antara Cef Selebriti Popular
Nota: #FoodiesLife adalah kolum baharu yang diperkenalkan oleh Astro Gempak. Ia merupakan satu artikel yang menceritakan dari pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja. Kalau nak tahu apa topik yang menjadi pilihan, nantikan pada hari Ahad. Selamat membaca dan terima kasih kerana memberi sokongan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lazimnya karier tukang masak atau cef didominasi wanita.
Namun, dunia masakan kini sudah berubah apabila golongan Adam juga mampu menambat hati orang ramai dengan memasak.
Jom kita lihat lima selebriti cef yang kini sedang popular dalam kalangan masyarakat tempatan:
1. Cef Fikree
Nama Mohd Fikree Najib Aznan tidak asing lagi dalam industri seni. Selain menjadi cef selebriti, beliau juga seorang pengacara dan pelakon.
Beliau banyak menghiasi kaca televisyen dengan mengendalikan beberapa program termasuk Dapur Panas, Hello Bro... Tolong Masak, Hero Oven, Aroma Tradisi dan Dapur Cilik.
2. Cef Sherson Lian
Cef berdarah campuran Cina-British Malaysia ini mula dikenali apabila beliau menjadi hos utama bagi 5 Rencah 5 Rasa yang turut disiarkan di Asian Food Channel.
Sherson mula meminati dalam bidang masakan ketika umur beliau 11 tahun. Ibunya adalah pemilik kepada perniagaan nasi bajet jadi dari situ timbulnya perasaan untuk lebih mendalami.
3. Cef Nik Michael
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
Cef Nik Michael mengikuti jejak langkah ayahnya yang merupakan seorang cef terkenal di Australia, Datuk Nik Ezar Nik Bolia.
Beliau mula dikenali sejak menyertai program pertandingan memasak, Master Chef Malaysia musim pertama.
4. Cef Anis Nabilah
Berbekalkan kepakaran dan minat dalam penyediaan makanan, pemilik nama Anis Nabilah Umaruddin sudah mampu berdiri setanding dengan cef selebriti popular yang lain.
Pengacara dan personaliti media ini popular dengan rancangan masakannya iaitu Icip-Icip, Eat Clean with Anis dan 1, 2, Bakar.
5. Cef Ili Sulaiman
Bagi penonton rancangan Diari Mangkuk Tingkat bersama Ili semestinya mengenali nama ini.
Terbaru, Ili tampil menjadi hos bersama Cef Sherson untuk rancangan pertandingan memasak, Perang Periuk yang ditayang di saluran NAURA (CH109).
Must-Watch Video