Laman Utama

#FoodiesLife: Ibu Menyusu Teringin Durian Lepas Berpantang, Selamat Tak Untuk Baby?

gempak
Zulaikha Yusof
20/06/2021
08:42 MYT
Sponsor Banner
#FoodiesLife: Ibu Menyusu Teringin Durian Lepas Berpantang, Selamat Tak Untuk Baby?
Ketika ini, lalu sahaja di mana-mana jalan raya pasti akan kelihatan gerai yang menjual buah durian.
Masakan tidak, sekarang ini adalah musim untuk raja segala buah-buahan itu.
Tetapi, untuk golongan ibu menyusu sering kali timbul persoalan sama ada boleh makan durian atau tidak. Pasti ramai ibu yang teringin selepas selesai proses berpantang.
Sebenarnya ibu menyusu boleh makan durian kerana ia tidak memberi sebarang kesan kepada bayi. Apa yang penting, asalkan ia tidak menyebabkan alahan dan tidak dimakan secara berlebihan.
Di sini, #FoodiesLife kongsikan tiga kebaikan untuk ibu menyusu:
1. Tambah Berat Badan
Durian mempunyai kalori yang tinggi. Sebiji durian yang purata beratnya 1 kilogram (kg) mengandungi jumlah kalori 1400 kalori. Manakala seulas durian beratnya lebih kurang 40 gram iaitu mengandungi 59 kalori.
2. Jadi Milk Booster
Selain buah kurma, durian juga adalah salah satu buah-buahan yang dapat membantu menambahkan susu badan.
Durian mengandungi asid amino dan vitamin B, C, E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan serta sangat bagus untuk kesihatan.
3. Bagi Tenaga Segera
Kandungan karbohidrat yang tinggi dalam bentuk gula ringkas boleh menjadi sumber tenaga segera.
Bagaimanapun, ingat elakkan pengambilan berlebihan. Lebih baik setakat dua ulas durian untuk setiap hidangan.
***
NOTA: #FoodiesLife merupakan satu artikel yang menceritakan dari pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024