Sebut sahaja kulit ayam, #Foodieslife pasti ramai diantara pembaca gemar makanan ringan yang digoreng rangup seperti ini.
Nak-nak bila kudapan ringan ini dimakan sambil menonton drama atau filem kegemaran.
Cuba bayangkan bahagian kulit ayam yang ranggup dan digigit ketika masih panas… Fuh! Memang sedaplah jawabnya.
Bagaimanapun korang tidak disarankan untuk makan berlebihan ya kerana kulit ayam ini mempunyai lemak tepu yang tinggi okay.
Malah Facebook rasmi Public Health Malaysia juga turut berkongsi tentang bahayanya kulit ayam ini sebenarnya.
Antara risiko utama masalah kesihatan yang bakal dihadapi sekiranya pengambilan berlebihan adalah:
#Kenaikan berat badan
Kulit ayam memang diketahui mempunyai banyak kolesterol. Setiap 100 gram kulit ayam mengandungi sekitar 435 kcal. Bila kulit ayam digoreng sudah pasti kandungan lemak dan kolestrolnya juga akan meningkat.
#Darah tinggi dan Penyakit jantung
Lemak tepu itu adalah lemak yang likat dan jika masuk ke dalam badan agak sukar untuk diuraikan menjadi zat.
Secara tidak langsung lemak tepu itu akan berkumpul di dinding-dinding salur darah yang menyebabkan penyumbatan menjadikan risiko lebih tinggi untuk menghidapi serangan jantung, darah tinggi, strok dan lain-lain lagi.
Dalam pada itu, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (Nutritionistkkm) juga menasihatkan orang ramai untuk lebih bijak membuat pemilihan makanan seharian.
“Setiap makanan dari sumber semulajadi mengandungi kandungan nutrien tertentu yang diperlukan badan termasuklah lemak.
“Lemak juga diperlukan dalam fungsi sistem badan seperti penghasilan hormon dan pengawalaturan suhu badan.
“Tapi... Bergantung kepada cara pengambilan makanan harian kita. Yang sedia ada pun dah meriah dengan makanan tinggi lemak, berminyak, bersantan, berkolesterol, makanan terproses, berkalori tinggi.
“Dengan budaya kita lagi yang makan banyak, makan kerap, makan sedap! Makan tidak ikut waktu. Bijaklah buat pilihan, badan sendiri, penyakit pun sendiri,” kongsi Facebook rasmi Nutritionistkkm.
#Foodieslife juga ingin mengingatkan kepada semua pembaca kesayangan, dalam apa juga makanan atau pun minuman yang dimakan, bersederhanalah.
Sedap memang sedap tapi kita juga perlukan badan yang sihat kan?
Kredit foto: Sihat Malaysia / Rasa
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA: #FoodiesLife merupakan satu kolum yang menceritakan pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja tetapi segalanya yang berkaitan dengan makanan. Food is Love!
Mya Amri
Sat Aug 07 2021

.jpg?ext=.jpg)
Genap Setahun RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini Perkenal Tujuh Wajah Muse Itu
Tahniah Rizman Ruzaini
.jpg?ext=.jpg)
Intan Najuwa ‘Payung’ Gambar Berbaju Seksi, Netizen – “ Jangan Sampai Naikkan ..."
Intan Najuwa payung gambar seksi?

Takut & Mahu Turun, Kanak Kanak Tekan Butang Kecemasan Rollercoaster Yang ‘Tergantung’
Suasana panik tercetus di sebuah taman tema yang terletak di Timur China apabila sebuah rollercoaster yang sedang bergerak tiba tiba berhenti.
.jpg?ext=.jpg)
Dato Lee Chong Wei Harap Raketnya Bawa 'Ong' Kepada Tze Yong Teruskan Legasi
Untung nya Ng Tze Yong
_1.jpg?ext=.jpg)
Rizky Billar, Lesti Kejora Batal Kerjakan Haji
Pasangan tersebut bagaimanapun terpaksa menolak jemputan menunaikan haji kerana kekangan kerja.
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Nak Beli Pisang Goreng Pun Tak Minta Duit Laki Saya" - Elfira Loy
Biar la duit suami dia

"Kita Kena Kurangkan Orang B*d*h Dalam Kerajaan”- Caprice Ulas Isu Menteri Minta Kurangkan Makan Telur
Caprice geram Menteri suruh kurangkan makan telur
.jpg?ext=.jpg)
Didakwa Bermasam Muka Dengan Fazura? Ini Komen Pereka Fesyen Popular Rizman & Ruzaini
Alamak kenapa pula gaduh

Empat Tahun Bercinta, Akhirnya Joo Min Ha Dan Yoo Il Bakal Berkahwin
Wah tahniah!

Anak Beli iPhone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri, Ajak Shiro Bangga! - “Kita Nak Belikan, Dia Tak Nak"
Usaha tangga kejayaan.