Sempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) banyak antara pengusaha restoran memberikan promosi yang menarik kepada pelanggan.

Tidak perlu syarat yang rumit, hanya tunjukkan jari yang telah dicelup dakwat ungu, anda boleh menebus beberapa tawaran yang diberikan oleh mereka.

Nak tahu restoran mana? Jom semak!

OldTown White Coffee



OldTown White Coffee menawarkan satu OldTown White Coffee percuma dengan pembelian mana-mana item menu a la carte daripada pilihan nasi dan mi. Tawaran ini boleh ditebus pada 19 November dan hanya tersedia untuk dine-in dan bawa pulang.

Nando’s



Restoran yang terkenal dengan hidangan berasaskan ayam ini menawarkan hidangan tambahan (side) secara percuma, mengikut ketersediaan. Anda boleh menebus side pilihan dengan pembelian hidangan utama.

Ikea



Aiskrim percuma daripada Ikea! 500 pelanggan pertama untuk setiap outlet bakal menerima aiskrim percuma pada hari ini.

TGI Friday’s



Bagi peminat burger, dapatkan potongan 15 peratus untuk hidangan kegemaran anda. Hanya terhad untuk seorang pelanggan untuk dine-in sahaja.

Tealive



Sementara itu, Tealive pula menawarkan pembeli dua minuman pada harga RM15 bermula 14 November hingga 20 November. Promosi hanya terhada pada menu minuman berharga RM10 dan ke bawah sahaja.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!