Jika anda peminat setia figura bernama Datuk Seri Siti Nurhaliza, pasti anda perasan yang penyanyi nombor satu negara itu begitu sukakan kuih donut.
Terbaharu, Siti turut memuat naik rakaman di Instagram Story yang memaparkannya beliau membikin kuih tersebut di dapur.
Lebih manis, penyanyi lagu Romansa Kita itu turut berkongsi air tangannya dengan ahli keluarga dan juga peminat.
Teringin juga nak makan donut tapi tidak mempunyai perkakasan lengkap di rumah? Nah, ini cara mudah untuk membuat donut dengan hanya menggunakan air fryer!
Sedikit berbeza, resipi ini turut melibatkan cinnamon sugar, antara topping yang digemari ramai. Ikuti resipi lengkap di bawah:
Bahan-bahan:
1/4 cawan gula pasir
2 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan tepung serba guna
1 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt Greek tanpa lemak
1/4 cawan sirap maple tulen
2 sudu kecil ekstrak vanila asli (pilihan)
2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar minyak sayuran atau minyak aprikot
Cara untuk membuat:
1. Panaskan air fryer pada suhu 190 darjah Celsius. Kemudian, campurkan gula dan serbuk kayu manis lalu ketepikan.
2. Dalam mangkuk sederhana, satukan tepung serba guna, tepung gandum, yogurt, sirap maple, ekstrak vanila (jika anda memilih untuk menggunakan), baking soda dan serbuk penaik. Kacau sehingga doh menjadi bebola yang licin.
3. Jadikan doh donut dalam bentuk bebola. Oleskan setiap kepingan doh dengan minyak dan letakkan di atas loyang, pastikan terdapat ruang yang cukup di antara donat untuk udara beredar. Lakukan secara beransur-ansur, mengikut keperluan.
4. Letakkan doh dalam penggoreng yang telah dipanaskan sehingga donat keemasan dan masak, kira-kira 5-7 minit, pusing separuh.
5. Setelah donat siap, gulingkan donut panas dalam adunan kayu manis dan gula, dan hidangkan panas atau pada suhu bilik.
BACA: #FOODIESLIFE: Menyejukkan Tekak Ketika Cuaca Panas, Ini Resipi Aiskrim Lemon Mudah Hanya Dengan 6 Bahan
BACA: #FOODIESLIFE: Selalu Dituduh Sebagai Buah Yang Tak Baik Untuk Kesihatan, Ini 5 Sebab Kenapa Durian Sebenarnya Bagus Untuk Anda!
Izwan Isa
Mon Jul 24 2023
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.