Laman Utama

#Foodieslife: Resipi Scrambled Eggs Kegemaran Ratu Elizabeth II Terkandung Bahan Unik. Jom Cuba!

gempak
Izwan Isa
25/09/2022
05:50 MYT
Sponsor Banner
#Foodieslife: Resipi Scrambled Eggs Kegemaran Ratu Elizabeth II Terkandung Bahan Unik. Jom Cuba!

Rupanya-rupanya, mendiang Ratu Elizabeth II (Ratu Elizabeth) sangat menggemari scrambled eggs untuk dihidangkan ketika sarapan pagi.

Namun, tidak seperti resipi scrambled eggs lain, terdapat dua bahan tambahan berbeza dalam resipi kegemaran mendiang.
Pakar Pemakanan, Lee Holmes mendedahkan, dia mendapat tahu mengenai resepi tersebut selepas rakannya bekerja dengan sang ratu itu beberapa tahu lalu.
“Baginda suka memulakan harinya dengan sarapan yang kaya protein, dan hidangan telur berkenaan juga dibuat dengan cara yang baginda gemari,” ujar Lee.
Lee menambah, sejak mendapat tahu tentang resipi tersebut, dia selalu memasak scrambled eggs dengan menambahkan lemon dan pala ke dalamnya.
Bahkan, ketika teman-teman berkunjung ke rumahnya, dia turut menghidangkan hidangan scrambled eggs dengan resipi yang sama.

Begini cara-cara untuk memasak scrambled eggs cara kesukaan ratu:

1. Masukkan tiga biji telur dan satu sudu makan susu ke dalam sebuah mangkuk, kemudian pukul kesemua bahan

2. Tuangkan campuran telur dan susu ke dalam keluali panas
3. Tambahkan satu sudu mentega
4. Sebelum telur masak sepenuhnya, masukkan perahan lemon dan pala. Kemudian kacau dengan api kecil
5. Setelah telur masak, angkat dan tambahkan lada putih serta bawang daun sebagai hiasan
6. Hidangkan
Difahamkan, mendiang Ratu Elizabeth jarang mengubah menu makanan sihatnya, dan kadang-kala, baginda memang menyantap hidangan scrambled eggs saat sarapan.
Bagaimanapun, baginda selalunya menikmati bijirin Special K dengan teh jenis earl grey sebagai hidangan sarapan pagi.
Bagi menu makan tengah hari, Ratu Elizabeth biasanya menyantap hidangan ikan dengan sayuran kukus, sementara ketika menghadiri acara, baginda biasanya menikmati scone dan sandwich kecil.
Ratu Elizabeth juga dikenali sebagai pecinta salmon, dan kerap menyantapnya saat makan malam.
Lalu untuk pencuci mulut, baginda biasanya menyantap buah peach putih yang tumbuh di rumah kaca di Istana Windsor.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

Sumber: Kompas Kredit foto: Astro Awani dan Luke Landon

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024