Selepas menangguhkan enam bulan umrah kerana mengekang penularan Covid 19, akhirnya pada 4 Oktober 2020 Arab Saudi membuka pintunya menerima kelompok jemaah pertama yang melakukan umrah di Masjidil Haram di Mekah.

Sebanyak 6,000 jemaah mula melakukan rutin umrah pertama mereka disambut dengan pelbagai kemudahan kesihatan termasuk mesin pengimbas haba yang ditempat di pintu masuk dan di dalam Masjidl Haram.

Ia bertujuan memantau suhu badan dan mengeluarkan amaran berdasarkan keperluan.

Portal Arab News kemudian mengabadikan momen bersejarah tersebut semalam.


(Sebanyak 1,000 petugas telah dilatih dalam membantu dan memantau agar ibadah umrah berjalan lancar sesuai SOP.)


(Kawasan Masjidil Haram dibersihkan 10 kali sehari, diselang seli jemaah menjalankan ibadah. Tak hanya itu, di eskalator dilengkapi dengan alat pembersih dan tempat basuh tangan disediakan di semua titik masuk masjid.)


(Lima lokasi berasingan termasuk di Al-Gaza, Ajyad dan Al-Shasha disediakan bagi membolehkan jemaah bersama petugas kesihatan profesional menaiki bas ke Masjidl Haram.)


(Sebanyak 1.8 juta calon jemaah umrah dari seluruh dunia telah mendaftarkan diri melalui aplikasi Eatmarna yang dikelola oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.)



Kredit Foto: Arab News