Laman Utama

[FOTO] Bersanding Selepas 2 Tahun Kahwin, Dr Amalina Tunjuk Wajah Arabella Mia - "Majlis Kali Ini Istimewa ..."

gempak
Amri Hassan
13/05/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
[FOTO] Bersanding Selepas 2 Tahun Kahwin, Dr Amalina Tunjuk Wajah Arabella Mia - "Majlis Kali Ini Istimewa ..."
Selepas dua tahun selamat mendirikan rumah tangga, Dr. Amalina Bakri dan suami, Alexander Charles akhirnya mengadakan majlis resepsi mereka di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berkongsi foto-foto menarik sepanjang majlis bersanding dengan menyarung persalinan songket ungu, Dr. Amalina meluahkan rasa gembiranya dapat meraikan bersama keluarga dan teman rapat.
"Hari yang mengujakan! Hujung minggu lalu merupakan salah satu momen terbahagia dalam hidup kami. Selepas berkahwin lebih dua tahun, kami akhirnya dapat meraikan majlis ini bersama keluarga dan kawan rapat di KL," tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, peminat turut teruja dapat melihat foto-foto anak sulung pasangan itu, Arabella Mia yang turut berarak ke pelamin persandingan kedua-dua orang tuanya.
"Saya jarang kongsikan gambar Arabella di Instagram. Tapi majlis persandingan kami sangat istimewa dan saya mahu berkongsi beberapa keping foto anak perempuan kesayangan kami," ujarnya.
Untuk rekod, pakar bedah kelahiran Malaysia itu telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Alexander pada April 2021 di Masjid Central London.
Jom lihat foto-foto dan video menarik sepanjang resepsi Dr Amalina dan Alexander.
Kredit foto: IG Dr Amalina, IG Dream Lab, IG Indah Wedding, IG CK Liow
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live