Gaya Hidup
[FOTO] Hebat! Petugas Pilihan Raya Indonesia Tunggang Gajah & Redah Sungai Edar Kertas Undi
Dua hari lepas telah berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2019 membabitkan negara jiran kita, Indonesia.
Hampir 190 juta rakyat Indonesia di seluruh dunia membuang undi mereka bagi memilih bakal presiden, antara Joko Widodo ataupun Prabowo Subianto.
Menurut Majalah Time, bagi mengendalikan PEMILU edisi 2019 ini, 17 juta petugas pilihan raya diperlukan untuk mengurus, menghantar dan mengutip kertas undi di 800,000 pusat undian serata Indonesia.
Menjadi hari paling penting bagi negara Indonesia, setiap petugas ini bertanggungjawab menghantar setiap kertas undi di segenap pelusuk Indonesia.
Lihat sahaja foto-foto petugas PEMILU ini mengedarkan kertas undi di kawasan pedalaman dengan menggunakan pelbagai cara seperti berjalan kaki, menaiki sampan dan menunggang gajah supaya sampai ke pusat pengundian.
Memang hebat!
Sumber foto: The Guardian dan MSN
Must-Watch Video