,
Laman Utama

[FOTO] Manis Bertudung Litup, Sultanah Nur Diana Petra Anggun Rai Hari Keputeraan Suami, Terima Darjah Kebesaran

Gempak
14/11/2022
15:50 MYT
Manis bertudung litup, Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah sentiasa menjadi perhatian warga maya.
Semenjak dimahsyurkan pada 2 Ogos lalu, Sultanah Kelantan itu sering mencuri pandangan menerusi perkongsian foto di laman sosial.
Sultanah Nur Diana mendahului senarai 769 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-53 Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Baginda dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (DK).
Sementara itu, Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra menerima darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan (SPMK) membawa kepada gelaran Datuk.
Tertarik dengan kemunculan Sultanah Nur Diana Petra, ramai mendoakan kesejahteraan baginda dan memuji penampilan baginda.
“Manis bertudung.”
“MasyaALLAH manisnya bertudung litup, daulat Tuanku.”
“Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah di atas keanugerahan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) atau Bintang Al-Yunusi. Semoga ALLAH memberkati Tuanku.”
Sumber: SinarPlus
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

PU Riz, Dr Aizul Buka Cawangan Pusat Estetik Patuh Syariah Di Kelantan! - "Prosedur Ikut Garis Panduan Islam, Bahan Halal, Aurat Terjaga"

gempak
09/09/2024
08:25 MYT
AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang terkenal dengan pendekatan berasaskan syariah, dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan kedua mereka di Kota Bharu, Kelantan.
Drama

Bermasam Muka Sebab Nasi Dagang Kelantan & Terengganu, Bolehkah Daniel Dan Stopa Berbaik?

gempak
06/09/2024
09:55 MYT
Setelah sekian lama berperang bagi menentukan nasi dagang negeri mana paling sedap, akhirnya Stopa dan Daniel membuat keputusan untuk bergabung.
Hiburan

Selesa Ulang Alik Kelantan Ke KL, ‘Cik Man Rock Oo’ Masih Mampu Pandu Kereta Sendiri - “Untuk Jadi Orang Yang Sihat, Pertama Sekali Hati Kena…”

gempak
05/09/2024
08:55 MYT
Pelakon veteran Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai ‘Cik Man rock oo’ memberitahu dia lebih selesa menetap di kampung halamannya di Tanah Merah, Kelantan.
Berita

#TRAVELMANA: Kelantan Optimis Capai Sasaran 2.5 Juta Pengunjung Tahun Ini

gempak
04/08/2024
14:55 MYT
Kelantan optimis mencapai sasaran 2.5 juta pengunjung pada tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Noor.
Berita

"Saya Tak Sengaja Rogol Anak" - Penoreh Getah

gempak
28/07/2024
18:53 MYT
"Saya tak sengaja rogol anak'," demikian kata seorang penoreh getah yang didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya berusia 14 tahun di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, Ahad lalu.