Mencari lokasi terpencil yang memberikan ketenangan dan kehijauan di dalam kesibukan kota bukanlah susah. Terletak di Rawang, lokasi ini paling strategik untuk anda bersama teman atau keluarga meluangkan masa bersama.

Terletak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, pengunjung boleh menikmati kedamaian sambil merasai pengalaman yang menakjubkan dalam suasana menghijau.



Dikelilingi hutan belantara, Templer Park Rainforest Retreat amat sesuai dijadikan lokasi family day, gathering, majlis keraian, perkahwinan dan lain lagi.

Istimewanya lagi, tempat penginapan ini bukan sahaja dikelilingi flora dan fauna, tetapi turut tersedia kolam renang infiniti yang mengadap ke tengah hutan, pasti memberikan panorama cukup mengasyikkan.



Di sini juga terletaknya Templer Park, port air terjun yang cukup terkenal di kawasan ini.

Di retreat ini, anda boleh memilih daripada dua jenis penginapan iaitu vila ataupun kontena.

Jika anda memilih villa, anda akan menginap di sebuah rumah yang dilengkapi empat bilik tidur berhawa dingin yang boleh memuatkan kumpulan besar seramai 6 hingga 16 orang.



Villa yang dikelilingi pokok-pokok ini turut menawarkan pemandangan indan menghadap padang golf.

Selain itu, vila ini turut disediakan kemudahan sauna, gazebo, ruang tamu yang luas, peribadi BBQ, ruang memasak dan makan yang turut disediakan.

Kalau anda mementingkan bajet, penginapan jenis kontena juga menarik dan menjanjikan pengalaman yang berbeza.



Terdapat lima buah rumah yang dibina daripada kontena tersedia dan kesemuanya berhawa dingin.

Ruang dalamannya luas, dan ada ruang berkumpul yang besar dengan pemandangan kolam ikan dan dikelilingi pokok-pokok tinggi.

Kemudahan masak BBQ, ruang memasak dan makan juga disediakan untuk penginapan jenis ini.



Kalau rasa nak tenangkan minda dan lari sedikit daripada kesibukan kota, lokasi ini cukup sempurna untuk berehat. Anda boleh menempah bilik terus di laman web mereka.

Alamat: Templer Park Rainforest Retreat, 22, Jalan 3/2, Templer Heights, Templer Park, Rawang.

Harga: Villa - RM1740 (boleh muat hingga 16 orang)
: Kontena - RM1980 (boleh muat hingga 30 orang)

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!