,
Laman Utama

Fouziah Gous Khatam Al-Quran, Alhamdulillah Sejuk Hati Suami

Mya Amri
30/04/2021
06:13 MYT
Suami kepada pelakon Datin Fouziah Gous, Datuk Zhaf Yusof menyatakan rasa syukur apabila isterinya berjaya khatam Al-Quran sebelum penghujung Ramadan.
Zhaf menerusi akaun Instagramnya mencoretkan perasaan gembira dengan kejayaan isteri kesayangannya.
“Syukur Alhamdulillah. Tahniah buat isteri Nor Fouziah telah Khatam Al Quran bersama ustazah nya 17th Ramadhan 1442H (Nuzul Quran).
“Saya sangat-sangat gembira untuk awak. Ya Allah, Tuhan kami! Terimalah doa dan amalan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Yang Maha Mengetahui,” coretnya.
Sementara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Fouziah, dia juga berasa syukur kerana hajatnya untuk khatam pada hari Nuzul Quran termakbul. “Dengan Izin Allah SWT seperti yang dihajatkan untuk Khatam di Ramadhan dan Nuzul Quran di makbulkanNya.
“Official khatam bersama Ustazah Fadzilah . Terima kasih ustazah kerana sanggup ikut kehendak saya.
“Sanggup memandu datang rumah, sanggup layan mengaji dalam phone selama sejam, sanggup korbankan tidur, sanggup ikut masa saya dan banyak lagi.
“Satu gambar untuk untuk kenangan yang paling indah dalam hidup. Segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH,” tulisnya.
Fouziah telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Zhafran Md. Yusof pada September 2013.
Hasil perkawinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Zheeshan dan Zaheen Yusof.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Selebriti Lelaki Hutang Ratusan Ribu, Fouziah Gous Terkilan Tak Terima Ucapan Raya - “Masa Tengah Susah, Setiap Hari Telefon Saya!”

gempak
05/07/2023
01:58 MYT
Bila dah berhutang, terus senyap!
Laman Utama

Bakal Doktor & Khatam Al-Quran, Johan As’ari Syukur Cinta Jarak Jauh 5 Tahun Berhasil, Persiapan Kahwin Dah Siap 90 Peratus

gempak
03/05/2023
04:50 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Tak Nak Menyesal, Baim Wong Berazam Khatam Al-Quran Ramadan Ini

gempak
26/03/2023
12:53 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Khatam Al Quran Di Hari Jadi, Suami Buat Suprise Pelamin Untuk Fouziah Gous - "Setelah Sekian Lama..."

gempak
02/01/2023
11:41 MYT
Fouziah Gous Khatam Al Quran Di Hari Jadi
Laman Utama

[VIDEO] Disangka Bahagian Dada Fouziah Gous Terdedah, Segelintir Netizen Pesan Mohon Check Betul-Betul Sebelum Buat Spekulasi; “Sebab Itu Dia Berani Post…”

gempak
08/11/2022
10:00 MYT
Netizen back up Fouziah Gous