Sejak ditayangkan pada umum pada 2 Disember lalu menerusi saluran Astro First, filem Marabahaya Underground mendapat sambutan yang menggalakkan, khususnya daripada peminat filem bertemakan permotoran aksi.

Rata-rata menyukai jalan cerita selain tertarik dengan barisan pelakon yang menghiasi filem arahan pertama penyanyi, pelakon dan komposer popular, Cat Farish.

Begitupun, apalah makna sebuah filem jika ia diterbitkan tanpa lagu runut bunyi sebagai peneman.

Justeru, tidak hairan jika lagu runut bunyi bagi Marabahaya Underground iaitu Velocity turut menerima respons yang baik daripada peminat.


Diterbitkan di Youtube pada 3 Disember lalu, ramai netizen dilihat memuji lagu runut bunyi berkenaan yang melibatkan tujuh artis iaitu Operahaus, Lil J, Orga, Beeman, Malik Abdullah dan Eddie G.

Meninjau ruangan komen, wargamaya teruja dengan material yang diketengahkan selain memuji paduan suara oleh ketujuh-tujuh penyanyi bekenaan.

“Awesome. Proud of everyone especially OPERAHAUS.”

“Heavy song masuk rocketfuel, GO GO !!.”

“Fuh.. lain macam vibe dia! Keep it up gaiss.”

“Kalau ada taruh tambah sikit lirik pakai suku dan bangsa lain yang ada di seluruh Malaysia lagi terbaik sebab dalam video ni dah ada bahasa Melayu, bahasa inggeris dan bahasa Cina.”

Dicipta oleh Pejul (Operahaus), Lil J, Eddie G, Mambang, Beeman dan Orga, klip lagu Velocity boleh distrim di semua platform muzik termasuk saluran Youtube Rocketfuel.

Sementara itu, filem Marabahaya Underground lakonan Hazama, Joey Daud dan Jasmin Suraya sudah boleh ditonton menerusi Astro First bermula 2 Disember lalu.