Tiga penyanyi lelaki terkenal Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli tampil dengan sebuah single terbaharu berjudul Lara.

Menerusi laman sosial Instagram, Haqiem berkongsi sedikit sedutan chorus lagu tersebut untuk tontonan umum.

“Memandangkan @haehusaini dan @naimdanielx dah mulakan perjalanan ini, saya habiskan #LARA. Belanja sikit lagu Lara dari Hael, Naim dan Haqiem.

Memandangkan @haelhusaini dan @naimdanielx dah mulakan perjalanan ini,saya habiskan #LARA Belanja sikit LARA dari Hael, Naim dan Haqiem. Korang boleh dengarkan LARA di semua digital streaming platform bermula 12am ini dan jangan lupa Muzik video 6 Nov 9pm di Youtube Channel Rocketfuel Network. #HHNDHR #Lara #HaelHusaini #NaimDaniel #HaqiemRusli @rocketfuelent @wp.entertainment @fmcmusic

A post shared by MANAGER - 0136382215 (@haqiemrusli98_) on


“Korang boleh dengarkan Lara di semua platform digital bermula 12am ini dan jangan lupa muzik video pada 9pm di saluran YouTube Rocketfuel Network,” tulis Haqiem menerusi ruangan kapsyen.

Lara ditulis dan digubah oleh Hael Husaini sendiri, bersama rakan komposer disegani, MFMF, dan turut mendapat sentuhan daripada Naim Daniel dan Haqiem Rusli.

Menurut Hael, dia mendapat ilham untuk menghasilkan karya ini ketika berada di Jakarta sewaktu mengendalikan rancangan ‘Stariser’ bersama Chakra Khan anjuran Astro Gempak.

“Proses untuk menghasilkan lagu ini mengambil masa sekitar tiga bulan, selepas rangka awal disiapkan, saya dan MFMF meminta Naim dan Haqiem untuk memberi sedikit gubahan dan idea mereka untuk menyiapkan lagu ini.

“Segala proses rakaman audio dan juga muzik video dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, boleh dikatakan ketika fasa PKPP tiada sebarang kesulitan atau halangan, dan semua kerja dilakukan mengikut SOP yang sepatutnya,” jelas Hael menerusi satu kenyataan.

Hasil tinjauan Gempak di ruang Instagram, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti suka dengan hasil gabungan tiga penyanyi bersuara jantan ini.

Malah, ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan video muzik rasmi yang akan disiarkan pada malam ini.