Nampaknya peminat fanatik Dewa atau ‘Baladewa’ dah tak senang duduk bila dengar band gergasi dari Indonesia ni nak reunion!

Kalau di Indonesia, tak senang duduk itu dipanggil penasaran! Mana tidaknya bukan sekadar Dewa 19 di Malaysia, tetapi kedatangan mereka kali ini bakal menyaksikan formasi lengkap mantan vokalis beberapa generasi sejak Dewa 19 ditubuhkan sekitar tahun 1986.

Bayangkan Ari Lasso dan Once bergabung mendendangkan karya penuh roh Dewa 19 di dalam sebuah konsert. Fuhhh!

Memantapkan Ari Lasso dan Once, tentulah pengasasnya, si mastermind Ahmad Dhani melengkapkan formasi legenda dan bersejarah ini dalam konsert yang bakal berlangsung kelak.

Berdiri di belakang mereka yang sentiasa menguatkan jentera Dewa 19 bersama instrument masing-masing adalah Andra(gitar), Yuke (bass) dan Agung (drum).

Tyo Nugros, si penabuk drum yang tidak sedikit telah menumpahkan khidmatnya bersama band asal Surabaya ini pun ada tau!

Bakal meledakkan adrenalin Baladewa dan Baladewi, pada 2 Februari 2019 nanti, Dewa 19 Reunion Live In Malaysia yang dibawakan Nizra Production ini akan di adakan di Stadium Malawati, Shah Alam, bermula 8.30 malam.

“Tidak ada yang lebih hebat daripada mendengar kata ‘yes’ daripada Dhani dan kami berjaya membawa sekali Ari Lasso bersama Once buat pertama kalinya bergabung di atas satu pentas di Malaysia.

Konsert ini bakal menempa sejarahnya yang tersendiri,” ujar Nik Iruwan dari Nizra Production.

Dewa 19 dijangka membawa sekitar 30 ke 35 lagu hit daripada album pertama sehingga yang terakhir, Kerajaan Cinta yang dihasilkan sekitar 11 tahun lalu.

“Kami bersedia untuk kembali menghiburkan peminat di Malaysia kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada Baladewa di sini. Sampai ketemu semua!,” ujar Dhani pula.

Untuk rekod, Dewa 19 Reunion Live In Malaysia ini juga bakal menjadi saksi kehadiran Dewa selepas hampir 10 tahun tidak melakukan persembahan di sini.

Kalau tak mahu terlepas menelusuri masa lampau bersama Elang, Larut, Cemburu, Pupus, Mistikus Cinta atau Sedang Ingin Bercinta dapatkan tiket bermula 7 November ini bermula jam 10 pagi dan akan diberi 10 peratus diskaun untuk pembelian early bird!

Tiket dijual dengan harga bermula RM238 hingga RM458.

Setiap pembelian tiket boleh diperoleh menerusi laman web www.ticketcharge.com.my .

Lawati laman sosial rasmi konsert ini atau boleh hubungi Info Hotline di 0172792118 untuk keterangan lanjut.