Laman Utama

“Fuyooo Macam Anak Dara” - Tak Sampai Sebulan Bersalin, Siti Nurhaliza Kembali Langsing!

gempak
Hanafis Haris
13/05/2021
12:56 MYT
Sponsor Banner
“Fuyooo Macam Anak Dara” - Tak Sampai Sebulan Bersalin, Siti Nurhaliza Kembali Langsing!

Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali mencuri tumpuan ramai apabila tampil lebih langsing di pagi raya.

Perubahan itu dapat dilihat menerusi beberapa gambar terbaru dimuat naik di Instagramnya hari ini.

Perkara itu sekali gus mengejutkan ramai pihak khususnya peminat memandangkan penyanyi kesayangan ramai itu baru saja melahirkan anak kedua pada 17 April lalu.

“Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kami sekeluarga,” katanya menerusi posting berkenaan.

Gambar berkenaan kemudian dikongsi semula peminatnya di platform Twitter.

Kebanyakan mereka meluahkan rasa gembira apabila Siti dilihat kembali langsing dan berkemungkinan bersedia untuk membuat ‘comeback’.

“Macam zaman anak dara dulu, slimnya TokTi”

“Siti Nurhaliza is back guys, cepat dia kurus”

“Cantiknya tokti, kurus-kurus ni mesti nak buat comeback,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat penampilan raya Siti Nurhaliza di bawah.

Sekadar info, Siti dan suami yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.

Siti Nurhaliza kemudian melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 6.21 pagi, 17 April lalu.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live