Berita

Fynn Jamal 'Cuci Tangan', Buat Keputusan Berhenti Ambil Tahu Masalah Orang

gempak
ZULHILMI JALIL
06/07/2020
10:38 MYT
Sponsor Banner
Fynn Jamal 'Cuci Tangan', Buat Keputusan Berhenti Ambil Tahu Masalah Orang
Selepas terpalit dengan kontroversi isu rogol, penyanyi Fynn Jamal membuat keputusan untuk berhenti daripada terus melibatkan diri dengan sebarang bentuk bantuan dan sokongan kepada mana-mana pihak yang dilakukannya selama ini.
Menurut Fynn, ia merupakan satu keputusan yang terbaik dibuat ketika ini selepas mengambil kira segala aspek tanpa perlu menyesakkan minda memikirkan masalah sosial yang sering berlaku dalam masyarakat sekeliling.
"Alhamdulillah hari ini aku menemui kekuatan untuk buat keputusan penutupan segala jenis tempat perlindungan, bantuan motivasi dan kewangan untuk semua kes-kes yang biasa aku uruskan.
"Dari kes mengandung luar nikah, urusan cari keluarga untuk bayi orang susah, kes rogol haruan makan anak, date rape dan segala apa jua, hari ini aku benar-benar cuci tangan.
"Insya-Allah dengan berlepas tangan begini, aku tidak perlu lagi memikirkan apa yang bukan hak aku pun untuk fikirkan," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Menurut Fynn lagi, selepas ini, dia hanya akan memberikan fokus kepada keluarganya sahaja.
"Inilah hadiah terbesar Allah bagi pada aku. Ujian ini benar-benar memberi ruang pada aku untuk keluar daripada semua ini. Tanpanya, susah weh. haha.
"Dah lakukan (khidmat bantu) sebelum kahwin sampai dah ada anak dua. Dah hilang jumlah dah berapa email dan mesej yang aku dulukan dan belakangkan suami sendiri. Dialah hero sebenar dalam cerita ini, meminjamkan isterinya untuk sesuatu yang tak perlu pun sebenarnya," katanya.
latest baby yang lahir dari kes masa PKP tuari. yang aku terpaksa buat announcement kat ig tu haha. ingat tak lagi? . minggu ni lahirnya. . subhanallah secomel2 anak. putih melepak. sihat gadang. haha. mmg rezeki famili yg dpt dia. biomom pun baarakallah amat2 baik budi bicara. . settle semua. . i have been meaning to write my resignation from this all. tapi tak tau lah. mcm banyak sgt dipikirkan. kejap nak berenti. kejap tak jadi. haha. tapi tu lah tu. insyaallah. dah sedia dah ni. . bismillahirrahmaanirrahim. . alhamdulillah hari ini aku menemui kekuatan utk decide penutupan segala jenis shelter, bantuan motivasi dan kewangan utk semua kes2 yang biasa aku uruskan; . dari kes pregnancy luar nikah, urusan cari keluarga utk baby org susah, rape cases haruan, date rape segala apa jua— hari ini aku benar2 cuci tangan. . of course, dgn apa yg riuh di mana2, i take full responsibility dan malas dah nak panjang2kan lagi. aku kenal diri aku. the very reason yg buat aku emosi adalah kerana aku terlalu peduli. dan insyaallah. dgn berlepas tangan begini— aku tidak perlu lagi memikirkan apa yg bukan hak aku pun utk fikirkan. . jaga diri, anak2. jaga solat. . kalau tak mau mati dlm baju begitu— jgn pakai. kalau tak mau mati dlm keadaan begitu— jgn buat. . ok? kita tak bertanggungjawab pada pilihan2 salah org. tp kita kena jawab kenapa kita pilih apa kita pilih. . inilah hadiah terbesar الله bagi pada aku. ujian ini benar2 memberi ruang pada aku utk ambil this grand exit. tanpanya— susah weh. haha. been doing this sebelum kawen sampai dah ada anak dua. dah hilang jumlah dah berapa email dan mesej yg aku dulukan dan belakangkan suami sendiri. . dialah hero sebenar dlm cerita ini. meminjamkan isterinya utk sesuatu yg tak perlu pun sebenarnya. :) . never my fight. i know. but i cant help it. . semua org boleh tulis komen panjang2. aku— الله bagi rezeki, masa, duit dan peluang utk buat. . terima kasih, anak2, for understanding. kelemahan aku adalah terlalu keras. maafkanlah kalau ada ruangnya. . semoga sudi utk nampak 2 sisi aku ini: . garang sebelum jadi, lembut ketika bantu. . allahummahdi qaumin, fa innahum laa ya’lamuun. . it has been an honour to be your mom. ;)
A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on
Terdahulu, kenyataan Fynn mengenai isu rogol dan wanita menjadi pertikaian ramai sehingga dirinya menerima kecaman daripada netizen.
BACA: “Pakai Tudung Tapi Bergambar Macam Kucing Mengawan” - Fynn Jamal Cetus Kemarahan Netizen Gara-Gara Isu Rogol!
BACA: "Nasihat Saya, Minta Maaf!" - Wardina Safiyyah Tarbiah Fynn Jamal Dalam Sesi IG Live
Begitupun, dalam entri tersebut, Fynn turut menasihati orang ramai untuk terus menjaga diri masing-masing.
"Jaga diri, anak-anak. Jaga solat. Kalau tak mahu mati dalam baju begitu, jangan pakai. Kalau tak mahu mati dalam keadaan begitu, jangan buat.
"Ok? Kita tak bertanggungjawab pada pilihan-pilihan salah orang, tapi kita kena jawab kenapa kita pilih apa kita pilih," coretnya.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live