Nota: G, The Untold Story adalah kolum baharu yang diperkenalkan oleh Astro Gempak. Ia merupakan temu bual atau terjemahan secara bulanan bersama barisan personaliti dan selebriti dalam serta luar negara yang bersifat santai . Selamat menikmati G, The Untold Story.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dini Azan Schatzmann, 26, menjadi figura perdana kolum G, The Untold Story. Seorang pelakon yang sedang 'naik daun' dan baru ingin meneroka cintanya dalam bidang seni. Biar masih tidak ramai yang mengenali, namun cinta yang diteroka sebagai anak seni ini pasti akan membawa dia terbang tinggi.
Mengapa Dini? Tiada alasan spesifik, namun sifat romantis dan gentleman Dini menyantuni Janna, termasuk sedutan video 'why i feel like you don't sayang me' yang ditonton lebih 1 juta netizen di laman Instagram Janna belum lama ini memanggil G, untuk berbicara mengenai cinta bersamanya dalam edisi The Love Story.
Pria kacukan Melayu-Switzerland ini kebetulan sedang hangat dengan drama rantaian #MarryMeSenorita.
Dalam drama rantaian yang ditayangkan menerusi slot Megadrama di Astro Ria ini, Dini 'disandingkan' bersama sang kekasih, Janna Nick.
Ini juga merupakan gandingan perdana keduanya sebagai hero heroin di kaca televisyen. Sukar mencari chemistry seperti di luat set, begitu akui Dini, namun sebagai seorang yang profesional, cabaran dan kesukaran itu perlu ditewaskan demi sebuah kepuasan.
Lewat temu bual menerusi kiriman WhatsApp di selang seli kesibukan dirinya di lokasi penggambaran, Dini berbicara tentang definisi cinta.
G: Cinta bagi Dini?
Dini: To be in love, you need to be deeply connected and committed to that person.
G: Definisi cinta Dini?
Dini: Cinta adalah apabila dua jiwa menjadi satu dan ditakdirkan bersama.
G: Bila anda tahu diri sedang dilamun cinta?
Dini: Apabila anda memikirkan diri pasangan lebih daripada diri sendiri. Apabila anda mula memikirkan untuk hidup bersamanya sebagai sebuah pasukan, bukan secara individu yang berasingan.
G: Dini, menurut segelintir pendapat, kata I Love you macam sebuah keramat. Tak banyak lelaki yang mudah melafazkan kata tersebut. Untuk Dini, adakah mudah untuk melafazkan I Love You. Dalam skala 1 hingga 10 di mana anda?
Dini: I love you boleh disebut dengan banyak cara. Its how you say it which will decided how much it means.
G: Pernah alami cinta monyet. Pada usia berapa dan kenapa putus?
Dini: Tak pernah.
G: Setelah beberapa lama menjalin hubungan dengan Janna, bagaimana boleh anda ringkaskan mengenai dia. Senang cakap Janna dari kacamata Dini?
Dini: Janna sangat istimewa buat saya. Setelah saya mengembara ke pelusuk dunia, saya belum pernah bertemu dengan seorang wanita yang punya sifat dan personaliti sepertinya. Dia seorang yang bijak, tegas, sensitif dan kuat. Paling penting, dia mempunyai hati yang bersih. Dia selalu mahu memperbaiki dirinya dan membantu orang di sekelilingnya menjadi lebih baik.
G: Menurut anda pada usia berapa seseorang itu sesuai untuk memulakan percintaan yang serius?
Dini: Secara peribadi ia mungkin tidak bergantung kepada faktor usia, tapi adalah anda perlu berada pada tempat yang betul dan benar benar bersedia untuk memberi komitmen terhadap perhubungan dan cinta.
Pada saya juga, pertama kita perlu cintakan diri sendiri sebelum memberi cinta kepada orang lain. Kemudian, kita perlu sedar dan tahu bahawa bahawa orang yang dicintai akan bersama kita selamanya. Perlu ada kesetiaan dan hormat.
G: Bagaimana cara anda menolak cinta yang datang?
Dini: Saya tak tahu sebab tak pernah ada orang cintakan saya kecuali Janna.
G: Apa yang paling anda suka tentang #Marrymesenorita?
Dini: #MarryMeSenorita menjadi padang tempat saya menimba cukup banyak pengalaman. Bergandingan dengan Janna jua membenarkan dia melihat dan memberi panduan untuk membentuk lakonan saya dengan lebih baik. Apa lagi pengalaman bekerjasama dengan Michael Ang.
Saya benar banyak menimba pengalaman di set penggambaran drama ini. Berlakon dengan barisan pelakon hebat lainnya. Ini semua seperti sebuah penghormatan buat saya.
Kredit Foto: Louis Vuitton, Collin Sim & Dini Schatzmann
Maliah Surip
Sun Feb 14 2021
AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Impian Afifah Nasir Nak Judika Datang Ke Majlis Perkahwinan Tak Tercapai - “Semua Yang Saya Mahukan Dapat Dengan Mudah Kecuali…”
Afifah dedah Judika tak dapat datang ke majlisnya.
Mengaku Kerja Grab, Netizen Tak Sangka Aslam Lucu - “Patutlah Ramai Terpikat, Handsome & Kelakar Rupanya”
Aslam buat video pun lucu.
Mahu Bekas Isteri Sedap Dipeluk Punca Teuku Ryan Kutuk Tubuh Ria Ricis
Teuku Ryan akhirnya bersuara susulan tersebar dokumen mahkamah usai sah penceraian di antara dirinya dan Ria Ricis yang antaranya mengandungi dakwaan pelakon tersebut menghina bentuk tubuh bekas isteri sebagai terlalu kurus dan memiliki payudara ‘rata’.
Dituduh Tak Ikhlas Mohon Maaf & Tak Jujur Hubungan Dengan Aliff Aziz, Ini Respons Ruhainies!
Ruhainies jawab dakwaan mengenai dirinya.
Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz - “Bukan Sebab Dia Ada Buat Salah Tapi…”
Ummi tak nak lagi bekerjasama dengan Aliff.
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.