LCR1 nama diberi selepas Yamaha LC 135 V2 keluaran 2011 dalam ruangan modifikasi kali ini menggabungkan kit badan Yamaha R1.
Gabungan ekstrems dan 'gila' itu ternyata merubah bentuk asal jentera dan tampak seperti mini superbike.

Jentera milik Muhamad Akmal Hamad, 19, yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang itu begitu menarik dengan gabungan pelbagai aksesori dan komponen kustom sehingga memukau mata memandangnya.
Selain kit badan kustom yang dibuat di CLM Custom Work yang kelihatan seperti Yamaha R1, jentera itu menggunakan hendal daripada Yamaha X1R.

Paling unik adalah tangki minyak utama apabila menggunakan tangki Yamaha FZ 150. Ia sebenarnya berfungsi seperti tangki minyak utama dan bukanlah 'wayang' semata-mata.
Pada masa sama, jentera terbabit menggunakan lengan ayun tunggal Honda NSR 150 dengan padanan rim SP522 lengkap cakera berkembar binaan khas.

Jika dilihat, ia jentera juga sarat dengan pelbagai aksesori tambahan. Antaranya lampu projektor HID, pendikit Bungbon, pam klac hidraulik Moritech, pemijak kaki Boushi Racing R25 dan kaliper berkembar Brembo.
Keseimbangan dan keselarasan jentera pula dikawal oleh penyerap hentak tunggal Kozi.

>>Klik pautan untuk melihat galeri gambar jentera ini.
Menariknya, LCR1 mampu dihidupkan dengan hanya menekan butang kawalan jauh yang dibina khas untuk jentera berkenaan.
Jentera yang dihiasi dengan konsep bertemakan Petronas itu sebenarnya baru sahaja disiapkan dengan kos modifikasi melebihi RM12,000.
Baca juga modifikasi motosikal lain:
>>RM37,000 untuk modifikasi Yamaha Y15ZR.