Seorang gadis yang baru putus cinta bertindak merempuh pintu pagar kediaman keluarga bekas teman lelakinya dalam satu kejadian di Taman Perling pada jam 5 pagi Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan polis pada jam 6.30 pagi di Plaza Tol Lima Kedai pada hari yang sama.
"Sebelum kejadian, kakak kepada bekas teman lelaki suspek telah menerima satu mesej ugutan daripada suspek yang mahu membakar kedai perniagaan motosikal milik keluarga mereka.
“Suspek turut mengirimkan satu video yang memaparkan seseorang sedang mencurah minyak petrol di hadapan kedai berkenaan.
"Akibat bimbang dengan ugutan terbabit menyebabkan pengadu membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut Fariz Ammar, bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis ke kediaman pengadu sebelum mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Corolla Altis telah merempuh pintu pagar kediaman pengadu.
Katanya, anggota polis berkenaan terus mengekori kenderaan suspek sebelum menahannya di Plaza Tol Lima Kedai, Gelang Patah.
"Saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati suspek berada di bawah pengaruh dadah terlarang jenis 'benzo', manakala semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau.
"Perbuatan suspek merempuh pagar kediaman rumah pengadu telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
"Akibat perbuatan itu pintu pagar tercabut dan menghempap belakang kenderaan milik bapa pengadu menyebabkan kerugian kira-kira RM15,000," katanya.
Sehubungan itu katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Tambah Fariz Ammar, berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, suspek dipercayai telah putus cinta dengan teman lelakinya pada bulan lalu.
Sumber: Sinar Harian
Gempak
Tue Aug 16 2022


Diberi Gelaran ‘Unproblematic Alif’, Selalu Dijadikan Contoh, Alif Satar Terima Pujian Seadanya
Alif mahu jadi diri sendiri

Tunai Permintaan Peminat Berusia & Berpasangan, Ungu Wujudkan Zon UNGU!
Ada apa dengan kategori UNGU tu?

Mira Filzah Bakal Beraksi Dalam Filem Arahan Hanung Bramantyo - “Melebarkan Sayap Ke Indonesia Sudah Menjadi Impian Saya…”
Tahniah Mira!

All Stars Gegar Vaganza: "Dia Sangat Sedap Menyanyi, Tapi Tantrum Tu Buat Kami ..." - Ulas Ramli MS Fasal Azharina
Tok Ram kata Azharina tak ada sumbang.

Netizen Kata Leona Macam 'Mak Anak 5', Empunya Badan Respon; "Adakah Mak Kamu..."
Leona akui tidak terkesan dengan komen netizen

Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri Umum Bercerai - “Kami Percaya Itu Adalah Yang Terbaik”
Doakan yang baik-baik.

Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”
Ramai suka Nas berlakon.

Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan Mudah!
Anna Jobling jayakan watak Aileen.

Siti Nordiana & 5 Sekawan Bermaafan, Setuju Selesai Kes Saman RM2.5 Juta
Semoga dipermudahkan

All Stars Gegar Vaganza: “Kalau Ada Penyingkiran Memang Nana, Dia Nyanyi Agak Teruk” - Datuk Ramli MS
All the best Nana untuk final.